CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13163|Reply: 91

Tiada Istilah Penceroboh, Awak Ayah Ameena – Shakilla Khoriri

[Copy link]
Post time 23-1-2024 06:09 PM | Show all posts |Read mode



“DADDY Ameena, rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa berjumpa dengan anak.”

Demikian kenyataan pelakon Shakilla Khoriri selepas didakwa melarang bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali bertemu anak tunggal mereka.

Kata Shakilla, 35, tiada niat untuk menjauhkan Fizi dengan anak mereka, Ameena Sofia selain memohon penyampai radio Hot FM terbabit berhubung secara baik demi kebaikan anak.

“Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian daripada hidup Ameena. Kami sentiasa tunggu panggilan video dan mesej awak untuk berjumpa.

“Awak tidak mencari Ameena, jadi berhenti cakap saya larikan anak awak. Hentikan! Tolong berkomunikasi dengan saya secara baik dan tenang. Kita boleh lakukan,” katanya menerusi Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Adam Dan Hawa itu mengakui penat berusaha mendekatkan Ameena dengan Fizi, namun akhirnya dianggap sebagai berniat jahat.

“Saya bersusah payah menyatukan kami bertiga sebagai ibu dan bapa kepada Ameena. Berkali-kali jemputan berkaitan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa bertiga.

“Setiap kali saya yang rendahkan diri dulu demi Ameena. Usaha demi usaha dibuat sampailah saya rasa maruah dipijak malah dituduh tidak ‘move on’ (berdamai dengan masa lalu) sebab sering kali mencari.

“Kisah saya dan dia sudah berakhir dan saya pun dah lama reda dengan semua itu. Cukuplah dengan kenyataan saya tidak bagi jumpa anak, provokasi dalam media sosial dan cerita peribadi. Saya penat!,” ujarnya.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd. Khoriri itu enggan kisah peribadinya dibongkar dengan lebih banyak dalam media sosial kerana mahu fokus menjaga cahaya mata perempuannya itu.

“Cukuplah spekulasi tentang kisah kami. Cerita kami bukanlah hidangan atau platform untuk kalian keruhkan keadaan.

“Saya tidak perlu jawab apatah lagi pamer bukti atas setiap keputusan yang saya buat untuk anak saya.

“Anak saya lebih penting buat masa sekarang tetapi saya tak nafikan hak Ameena untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang kedua belah pihak. Apa lagi untuk memutuskan silaturrahum antara anak dan bapa,” jelasnya.

Semalam, proses Sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 sebelum mereka mengumumkan penceraian pada Disember 2021. – HIBGLAM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesen ritud la neh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
semak syiot  die ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana nak call bgtahu nak jumpa kan dah block..kalau terjah kang kata lak menceroboh tak reti call nak dtg..ntah lantak korang la..jgn dek ego memasing anak jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa ko nak btiga ngan ex laki ko yang dh nikah lain tu? Mesti la dia tak nak. Ngok. Korang tu dah bukan mahram. Ibu & ayah tak mesti kena sentiasa dalam satu frame. Lagi pulak dh bcerai.RR#2 ker? Boleh 1 frame tp ex laki bawak bini baru dia? Ko tak nak kan? Sengal la ppuan ni. Tpaksa la aku team fizi wpun aku xsuka ex laki ko tu suka merempan kat medsos psl isu ko n anak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
fatimahmarkonah replied at 23-1-2024 06:59 PM
Spesen ritud la neh

Play victim knnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarla fizi nk bawa wife die sekali.... Nape nak bersyarat2x pulakkk...sengal laaa.. Sebab tu proses nye xde jalan damai...adehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sombongnya SK ni.
Esok Allah ambik anak dia baru dia tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini baru insecure la tu kalo piji datang umah janda heols sensorang......
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 23-1-2024 07:55 PM
Bini baru insecure la tu kalo piji datang umah janda heols sensorang......

Iols pun rasa begitu. Tp boleh faham la sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
HappyGumbira replied at 23-1-2024 07:09 PM
Dah kenapa ko nak btiga ngan ex laki ko yang dh nikah lain tu? Mesti la dia tak nak. Ngok. Korang tu ...

Aku pon rs sebab ni. Tu fizi tak nak. Mana bini baru tak pk bukan2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apahal pulak nak kena jumpa bertiga. Dia nak bawak anak dia balik rumah bermalam kena angkut kau sekali ke? Biarlah bapaknya jumpa anak sendiri.... Ya tohannnnn benda mudah jadi susah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak selesa lah mcm tu. Nak guling² main dgn anak, nak sakat² anak, nak sembang² tiber si ex dok memerhati. Cuba sk yg kena pegi rumah piji jumpa anak, mesti meroyan gak dia type karangan pnjg.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Fizi je ke boleh msuk umah ko? Bini bru dia ko xjemput?mmg xla bini dia nk bg..jmpla skali semua. Xpn bia fizi tu bwk meena dok umah dia spent time ngn fizi n mak tiri dia..bkn kne ada ko skali dlm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pya plan la jumpa bertiga2
Org tu dah bina family baru
Ameena nak kena blend in jg la dgn family baru tu sebab tu kehidupan bapak dia skrg
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
AcikBuncit replied at 23-1-2024 09:29 PM
Fizi je ke boleh msuk umah ko? Bini bru dia ko xjemput?mmg xla bini dia nk bg..jmpla skali semua. Xp ...

Dia kopipes template ritrud ni rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka sampai sebodoh ni pmikiran minah ni ek? Nk bertiga pulak..if bini baru ex laki nk meroyan pn mmg no hal dah dgn syarat bodoh mcmni…jgn nk guna kn alasan anak lah betina!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape lg la dua ketoi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
AcikBuncit replied at 23-1-2024 09:29 PM
Fizi je ke boleh msuk umah ko? Bini bru dia ko xjemput?mmg xla bini dia nk bg..jmpla skali semua. Xp ...

iols ingatkan mcm ni kalau spend time dgn bapak mesti la bawak balik rumah. ade ke jmp kat umah ex plak?
lain la bapak tu ada kes mencurigakan wajib la mak tu nak memerhati je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 11:03 PM | Show all posts
he say she say...
kowser
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.454924 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list