CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3223|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Akaun Telegram 'gigolo' dah disekat - SKMM

[Copy link]
Post time 23-1-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menyekat akaun Telegram milik seorang 'gigolo' yang ditahan polis kerana disyaki menjalankan aktiviti menjual video lucah melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa.

Bahagian Komunikasi Korporat SKMM berkata, tindakan itu diambil dengan kerjasama pemilik platform berkenaan.

"Kerjasama SKMM dengan pihak penyedia perkhidmatan platform media sosial utama terbabit sedia terjalin.

"Melalui kerjasama ini, ia membuka laluan antara agensi penguatkuasaan dan pihak penyedia perkhidmatan terbabit dalam membantu menangani pelbagai permasalahan dan salah guna," katanya kepada Harian Metro.



Menurutnya, 44 akaun Telegram yang didapati memuat naik kandungan berunsur lucah diturunkan SKMM sejak tahun lalu sehingga 15 Januari tahun ini.

Katanya, tindakan itu akan diteruskan berasaskan aduan dan pemantauan yang dijalankan oleh SKMM.

Tambah SKMM, sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan platform media sosial akan dilaksanakan secara berterusan untuk memperkukuh kerjasama terjalin dalam usaha mengekang penyebaran kandungan yang melanggar undang-undang daripada berleluasa, menjaga intergriti ruang digital dan melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan.

Pada 18 Januari lalu, Harian Metro melaporkan lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah pada 2.30 petang.

Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, suspek dikesan melalui hasil maklumat dan risikan JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, sejak awal tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lo-dah-disekat-skmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.990680 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list