CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3946|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemuda jatuh Jambatan Pulau Pinang ditambat tepi tiang sebelum ditenangkan

[Copy link]
Post time 23-1-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba menggunakan tali penyelamat untuk turun menenangkan dan menyelamat mangsa yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pemuda ditemui selamat selepas dia dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke pulau dari Perai dekat sini, pagi tadi.

Lelaki berusia 20-an itu dijumpai dalam keadaan terkapai-kapai di laut oleh sekumpulan nelayan pantai sebelum dia dibawa naik ke atas tiang jambatan, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 10.47 pagi tadi dan operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, sebaik pasukannya tiba di tempat kejadian mendapati seorang mangsa telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna hitam.

“Pada waktu kejadian, bot nelayan berada di lokasi dan mengangkat mangsa ke tepi tiang jambatan lalu mengikatnya pada tiang sebelum beredar dari lokasi.

“Tindakan dua anggota penyelamat turun ke bawah dengan menggunakan tali penyelamat bagi menenangkan dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada bot pasukan Maritim Malaysia (APMM) untuk dibawa ke Jeti Batu Uban,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beritahu jurucakap lagi, mangsa yang ditemui dalam keadaan stabil kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ebelum-ditenangkan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035082 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list