CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23118|Reply: 0

[Borneo] Cadangan pembinaan loji janakuasa Labuan akan dibawa ke Kabinet 24 Jan

[Copy link]
Post time 21-1-2024 11:23 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah berucap pada Sesi Perjumpaan Bersama Komuniti sempena Program Lawatan Rasmi ke Labuan hari ini. - Gambar BERNAMA

LABUAN: Cadangan pembinaan loji janakuasa baharu oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) untuk menangani gangguan bekalan elektrik berterusan di pulau bebas cukai ini akan dibincangkan semasa mesyuarat Kabinet pada 24 Jan ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cadangan loji janakuasa itu yang diterajui oleh PETRONAS, ialah usaha sama dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah (SEC) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan sasaran penyiapan projek itu ditetapkan pada 2027.

"Kami akan membentangkan cadangan projek loji janakuasa baharu ini ke Kabinet untuk diluluskan, diikuti dengan langkah seterusnya iaitu pasukan teknikal akan berusaha untuk memuktamadkan Surat Hasrat (LoI)," katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata pasukan teknikal itu terdiri daripada wakil daripada PETRONAS, Suruhanjaya Tenaga (ST), SEC, SESB dan beberapa agensi kerajaan Sabah yang berkaitan.

"Matlamatnya adalah untuk memastikan projek yang dimuktamadkan itu merangkumi pertimbangan pengedaran, penjanaan dan permintaan.

"Menurut Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman, Labuan memerlukan sekurang-kurangnya 150 megawatt, tetapi loji sedia ada mempunyai kapasiti 130 megawatt," katanya kepada pemberita selepas melawat projek penggantian paip di tangki agihan utama air di Pulau Enoe di sini hari ini.

Beliau berkata jika bekalan kuasa terbukti mencukupi untuk Labuan, ia berpotensi diperluas untuk manfaat Sabah.

Fadillah berkata jawatankuasa teknikal mesti ditubuhkan untuk memuktamadkan isu berkaitan dengan projek yang dicadangkan itu.

"Kerja jawatankuasa dijangka selesai pada September ini," katanya.

Terdahulu, Fadillah diberikan taklimat mengenai pelbagai isu berkaitan dengan bekalan tenaga di Labuan dan operasi SESB di stesen janakuasa di Patau-Patau.

Beliau berkata cadangan pembinaan loji janakuasa baharu itu selaras dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke Labuan pada Disember tahun lepas.

Anwar pada sesi pertemuan ketika itu berkata penyelesaian jangka panjang bagi masalah gangguan bekalan elektrik di Labuan perlu dibuat, justeru kerajaan Persekutuan mencadangkan PETRONAS membina sebuah stesen janakuasa baharu bagi menangani masalah berkenaan. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058404 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list