CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9962|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Saya hanya beri pandangan kerana konsert terlalu hampir dengan Ramadan' - Mufti

  [Copy link]
Post time 21-1-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. FOTO arkib NSTP

Georgetown: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, beliau tidak sama sekali mempertikaikan mengenai niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert 'Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza'.

Sebaliknya, beliau hanya fokus berkaitan tarikh konsert yang terlalu hampir dengan bulan Ramadan.

Wan Salim berkata, baginya mengadakan konsert pada hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

"Sepatutnya dalam waktu sedemikian umat Islam digalak bagi membuat persiapan rohani secukupnya untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia itu.



"Walau bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani, bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, beliau ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.

Ia berikutan mufti bukanlah seorang maksum atau terpelihara daripada kesalahan dan pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah mana-mana penganut agama Islam.

Katanya, teguran itu adalah secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan bagi mencari populariti atas kepentingan diri.

"Jadi terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberi atau menolak berdasarkan pertimbangan masing-masing.

"Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

"Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas saja, tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat," katanya.

Dalam masa sama, Wan Salim turut mengambil peluang bagi menerangkan bahawa beliau amat berlapang dada mengenai hiburan dan aktiviti seni umumnya.

Menurutnya, agama Islam sebagai cara hidup yang selari dan seraksi dengan keadaan semula jadi manusia (fitrah) dan tidak mungkin menentang hiburan dan kesenian yang bersih (al-funun al-bari'ah), asalkan ia tidak mendorong kepada maksiat dan tidak melalaikan daripada kewajipan kepada Allah dan kepada sesama manusia.

"Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun tahu ada sebahagian ulamak yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa.

"Akhir kalam, menyedari kekerdilan diri sebagai seorang hamba Allah, saya dengan segala keinsafan memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan polemik yang tidak jangka," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Siti Nurhaliza nekad meneruskan penganjuran konsert berkenaan yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti Nurhaliza iaitu Yayasan Nurjiwa, pihaknya menjelaskan tujuan utama konsert diadakan bagi mengumpul dana untuk disalur kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan teguran Wan Salim supaya Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac depan sebagai menghormati ketibaan Ramadan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpir-dengan-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055642 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list