CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16441|Reply: 0

[Perak] Pemancing dilaporkan hilang di Tasik Chenderoh ditemui lemas

[Copy link]
Post time 21-1-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba membantu membawa mayat lelaki yang ditemui lemas dalam kejadian bot karam di Tasik Chenderoh, Sauk, Kuala Kangsar hari ini. - Foto JBPM

KUALA KANGSAR – Lelaki yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam ketika memancing di Tasik Chenderoh, Sauk di sini kelmarin, ditemui lemas hari ini.

Mangsa, Muhammad Khairul Rusydan, 30, dijumpai pada pukul 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa dijumpai pada jarak 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Katanya, mayat mangsa dibawa naik ke tebing oleh anggota PPDA sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan membuat pusaran air menggunakan teknik ‘figure of eight loop’ menggunakan bot bomba dilakukan di lokasi berkenaan dalam usaha menimbulkan mangsa.

“Mangsa ditemui terapung di lokasi berkenaan apabila operasi dimulakan pada pagi ini oleh anggota PPDA dan K9,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diketuai Ketua Balai, Ahmad Izuwan Zakaria memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.32 petang, kelmarin.

Katanya, operasi itu turut dibantu pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 20 nelayan darat.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... eroh-ditemui-lemas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list