CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10712|Reply: 16

“Dalam Tempoh Setahun, Saya Mendapat Kanser Payudara', Pelancong Mohon Maaf Dan Pulangkan Batu Dicuri Dari Pompeii, Dakwa Terkena Sumpahan

[Copy link]
Post time 20-1-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode






ROM – Seorang pelancong wanita yang mencuri beberapa ketul batu di tapak bersejarah Pompeii, Itali bertindak memulangkannya selepas mendakwa dia terkena sumpahan apabila menghidap kanser payudara, lapor akhbar Metro UK semalam.


Wanita tersebut memulangkan segenggam batu beserta nota yang menulis permohonan maaf kerana mengambil batu-batu itu.


“Saya tidak tahu mengenai sumpahan itu. Saya tidak tahu bahawa saya tidak sepatutnya mengambil mana-mana batu.


“Dalam tempoh setahun, saya mendapat kanser payudara. Saya asalnya seorang wanita muda yang sihat. Sila terima permohonan maaf saya,” kata petikan isi kandungan surat tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris.


Ia turut disertakan perkataan ‘mi dispiace’ yang bermaksud ‘saya meminta maaf’.


Bandar Pompeii terkenal dalam lipatan sejarah kerana tertimbus semasa Gunung Berapi Vesuvius meletus pada 79 Masihi.


Tinggalan bangunan, objek dan mayat manusia semuanya masih berada dalam keadaan baik yang menunjukkan detik kejadian itu.


Namun, bagi sesetengah orang, ia tidak mencukupi kerana selama bertahun-tahun, sejumlah artifak yang tidak diketahui termasuk batu, jubin dan tembikar telah dicuri.


Bagaimanapun, menurut laporan, mereka yang melakukan perbuatan itu mengalami keadaan-keadaan seperti ‘hukuman’ yang dipercayai sumpahan.




Sumber – AGENSI/kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2024 11:07 AM | Show all posts
Agaknya ada sinaran radioaktif dari batu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kata kokesen tak percaya menda2 mistik? Ha......
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm Islam plak memang xdigalakkan lawat tempat2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 01:35 PM | Show all posts
Rajin2lah melawat hospital cancer dik. Tengok berapa orang kat situ yang ada cancer sebab kena sumpahan.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..rakyat british..mmg sebati suka amik brg org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Batu tu memancar radiasi hingga jadi mutasi sel ke?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-1-2024 01:35 PM
Rajin2lah melawat hospital cancer dik. Tengok berapa orang kat situ yang ada cancer sebab kena sumpa ...

Mungkin boleh kaji batu tu secara saintifik. Utk kes ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2024 02:57 PM | Show all posts
Pulangkannnnn!!!!



Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 03:00 PM | Show all posts
Yelaaaa tu sumpahan, entah2 kesan air terpaling sochi yang pantang dihina diangkat penyelamat ummah hakikatnya adalah air terpaling puaka raja segala kesan sampingan terlaknat tu khennnn...


Bukan tak tauk, kat tanah ayer ni pun banyak namampos kes yg dah cok air sochi tu, sebelom ni tak pernah ada kanser ke hape, tibahhhhhh terosss merebak jadik stage 4.

SADS - sudden adult death syndrome pun tersenyum sinisss dari lobang puaka, apatah lagik kesan2 sampingan picisan seperti strok, kanser dan penyakit mental lain khennn

Well, tapi bagos la jugek pulangkan yang bukan hak kita ha gaytuhhhhhhh




Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 03:08 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 21-1-2024 04:33 PM
newyork replied at 21-1-2024 02:18 PM
Oh..rakyat british..mmg sebati suka amik brg org

Puak2 empayar Inggeris dolu ni memang jahat namampos, bukan setakat curi reta negara jajahan jahhh, siap pakej tinggalkan segala taek huntok kita hadap lepas dorang blahh ha gaytuhhh

Berlian kohinoor tersenyum sinisss
https://www.cosmopolitan.com/ent ... a-royal-collection/



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 07:32 AM | Show all posts
tu lah, tangan tu jgn gatal sgt semua benda nk ambek buat souvenir
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 08:44 AM | Show all posts
aku pernah bawak batu karang jumpa kat tepi pantai teluk burau langkawi bawak balik skli yg kena sampuk budak lain tu pon dia datang bilik aku sekli skala..dh kena cari bomoh memalam dan hantu tu suh pulangkan benda tu balik. rupanya batu karang tu mainan dia cantik macam akar kayu beraka2. aku igtkan nk buat hiasan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:21 AM | Show all posts
aku kot citer kokesen ni kureng percaya..nape tah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 mamg Kau dah lama kena kanser
Tapi baru DPT detect
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kokesen urban masih percaya benda2 mistik tahyul
btw, takziah...semoga ada peluang utk sembuh dari kanser.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dorang ni bab2 percaya bab ni laju pulak ya??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.435285 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list