Edited by JoyahMengayah at 20-1-2024 03:28 AM
DUA peminat Madonna memfailkan saman persekutuan terhadap penyanyi terkenal itu pada Rabu lalu kerana lewat hadir ke konsertnya Disember lalu.
Konsert jelajah Madonna’s Celebration di Barclays Center yang dijadualkan bermula pada 8:30 malam namun bermula selepas 10:30 malam pada ketiga-tiga malam.
Menurut saman yang difailkan di mahkamah persekutuan Brooklyn, plantif Michael Fellows dan Jonathan Hadden yang menghadiri pertunjukan pada 13 Disember berkata, mereka tidak akan membeli tiket jika mereka tahu konsert itu akan bermula dan berakhir begitu lewat.
“13 Disember tahun lalu adalah malam Rabu, jadi peminat yang mementingkan tidur pada hari bekerja tidak bernasib baik.
“Selain itu, ramai pemegang tiket yang menghadiri konsert pada malam minggu terpaksa bangun awal untuk pergi bekerja dan atau mengalas tanggungjawab keluarga mereka pada keesokan harinya,” ujar plantif.
Dalam pada itu, menurut aduan sivil yang ditulis oleh peguam Richard Klass dan Marcus Corwin, konsert yang selesai pada waktu lewat itu menyebabkan peminat terperangkap di Brooklyn kerana pengangkutan awam terhad, perkongsian perjalanan terhad dan peningkatan kos pengangkutan awam dan swasta pada lewat jam itu.
Sementara itu, mereka juga menyaman Pusat Barclays dan Live Nation kerana mempamerkan pengiklanan palsu, salah nyata yang cuai dalam amalan perdagangan serta mengelirukan penonton yang membeli tiket.
Sekadar info, permulaan acara lewat ini didakwa menjadi kebiasaan buat Madonna. Dia melangsungkan lima pertunjukan di Boston, Toronto dan Detroit bulan ini dan hadir ke pentas antara jam 9:50 hingga 10:30 malam.
|