CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13331|Reply: 12

[Jenayah] Proses rayuan semakin hampir, Syed Saddiq tukar peguam

[Copy link]
Post time 19-1-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 19-1-2024 02:20 PM

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan serta hukuman penjara, denda dan rotan, bagi kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.


Peguam Syed Saddiq, Alex Tan Chie Sian dari firma Messrs Wong Kian Kheong ketika dihubungi Bernama berkata bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mewakili bekas presiden parti MUDA itu dalam rayuannya.

Beliau berkata firma Messrs Wong Kian Kheong akan mengambil alih tanggungjawab sebagai peguam cara Syed Saddiq dalam rayuan itu, dengan Mohd Yusof sebagai peguam utama.


Pengurusan kes hari ini berlangsung di hadapan penolong kanan pendaftar Nurul Azrina Mohamed yang menetapkan 15 Mac sebagai tarikh pengurusan kes yang baharu, apabila rekod rayuan dan alasan penghakiman belum disiapkan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali mewakili pihak pendakwaan pada pengurusan kes hari ini, manakala Tan mewakili Syed Saddiq.


Peguam utama Syed Saddiq sebelum ini Gobind Singh Deo kini memegang jawatan sebagai Menteri Digital susulan rombakan Kabinet pada 12 Dis lepas.


Pada 9 Nov lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta, dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas disabit dengan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang.


Syed Saddiq, 30, yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dari 2018 hingga 2020, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, dia didakwa menyalahguna harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.


Bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 AMLATFPUAA), dia didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dipercayai hasil daripada aktiviti haram dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya, ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Hohor Bahru pada 16 Jun 2018.


Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.


Syed Saddiq meletak jawtan sebagai Presiden MUDA selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan berkenaan.
-- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
NOOR AZLIDA ALIMIN
19 JAN 2024

Najib Tun Razak

IKLAN
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memohon untuk dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau dibebaskan sepenuhnya (DNA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana berjumlah RM27 juta, pada September depan.

Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas memutuskan perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib, 71, akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.

Ia susulan makluman daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang memaklumkan bahawa, status representasi bekas Perdana Menteri untuk menggugurkan kes AMLA ini, masih belum mencapai sebarang keputusan.

IKLAN

Untuk rekod, Najib berdepan dua lagi kes mahkamah iaitu penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil seramai 49 saksi.

Sementara satu lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Pada 8 Februari 2019, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan AMLA, tetapi kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Najib didakwa terbabit aktiviti AMLA dengan menerima wang keseluruhannya RM27 juta dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Najib dituduh melakukan semua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini, pada 8 Julai 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Najib kini sedang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta, atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Bekas pemimpin UMNO itu telah menghantar representasi kepada AG untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.



Ada hati mau buat rayuan pengampunan?

Kes tak habis habis....

Rakyat dan negara masih terus menanggung hutang yg ko buat....

Bangsat sebangsat bangsat manusia..

Burrrppp
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosanle hidup ko sadiq . Asyik kuarvmasuk mhkmh.. pas tuu nipu org sana sini sinun time ceramah politik..

Bg aku karier politik plg tak best.. cmn ramai batak nak jd politician
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 11:59 AM | Show all posts
rayuan kak mah bila nya pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 12:19 PM | Show all posts
takod dirotan lettew
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 11:05 PM | Show all posts
selamatkan Msia...ayuhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 19-1-2024 12:19 PM
takod dirotan lettew

Tengah tunggu anak atok plk kena rotan.. baru lah adil
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
berbirat la bontot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 20-1-2024 12:09 AM
Tengah tunggu anak atok plk kena rotan.. baru lah adil

rasanya anak atok dah terlalu tua utk dirotan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 19-1-2024 11:44 AM
Bosanle hidup ko sadiq . Asyik kuarvmasuk mhkmh.. pas tuu nipu org sana sini sinun time ceramah poli ...

jd menteri tak sampai 2 tahun boleh kumpul harta 1-2 juta ape yg tak best
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 20-1-2024 09:38 AM
jd menteri tak sampai 2 tahun boleh kumpul harta 1-2 juta ape yg tak best

Duit tuu halal ke tak tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 20-1-2024 09:47 AM
Duit tuu halal ke tak tuu..

ingat dorang kesah ke, tapi gaji2 yg dapat sbg menteri tu halal la cuma kalau ada pow tepi2 tuu... dia ni mmg ada tau mintak duit ngan atok utk ngo geng armada bersatu, senang bethol keje dorang..ngo beshe2 sila meninggal



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057021 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list