CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7569|Reply: 0

[Perak] JKM salur bantuan kepada dua beranak hidup di unit flat sampah, najis

[Copy link]
Post time 18-1-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

DUA beranak yang mendiami sebuah unit rumah pangsa usang dengan dipenuhi sampah sarap termasuk takungan najis di Flat Taman Silibin. FOTO Ihsan pembaca

Ipoh: Dua beranak yang mendiami sebuah unit rumah pangsa usang dengan dipenuhi sampah sarap termasuk takungan najis di Flat Taman Silibin di sini, akan dibantu dengan dua bentuk bantuan bulanan berjumlah RM900 kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, selain itu, pihaknya mengarahkan JKM melakukan tindakan segera bagi membantu keluarga itu dalam bentuk Tabung Bantuan Segera (TBS) RM300.

Salbiah berkata, bantuan bulanan JKM yang dicadang diluluskan untuk diterima keluarga itu adalah Bantuan Am Negeri (BA) RM400 dan Bantuan Warga Emas (BWE) RM500, melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta.

Katanya, JKM dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Puteri Kebajikan juga akan mengenal pasti rumah sewa yang lebih sesuai untuk dua beranak masing-masing berumur 46 dan 77 tahun itu.



"Berdasarkan cadangan bantuan bulanan JKM berjumlah RM900, selain RM500 lagi bantuan yang sedia diterima keluarga itu daripada Baitulmal akan membolehkan penama dan ibunya (dua beranak terbabit) tinggal di tempat yang lebih selesa," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Kenyataan itu sebagai respon terhadap laporan media bertajuk 'Derita dua beranak hidup dalam sampah, najis' yang disiarkan sebuah portal semalam.

Kata Salbiah lagi, berdasarkan maklumat awal penama iaitu seorang lelaki berumur 46 tahun dan ibunya yang uzur berusia 77 tahun tinggal di rumah pangsa terbiar dan usang itu yang dimiliki individu lain tanpa dikenakan bayaran sewa sejak dua tahun lalu.

Katanya, lelaki terbabit (penama) turut mengalami masalah kemurungan tahap minimum serta tidak mahu membenarkan ibunya dimasukkan ke rumah kebajikan dan sanggup menjaga ibunya itu.

"Sudah dua tahun penama tidak membayar sewa, (kerana) rumah flat (pangsa) di kawasan itu yang usang dengan banyak unit tiada penghuni.

"Ibu penama itu juga sudah menerima bantuan daripada Baitulmal, RM500 sebulan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-flat-sampah-najis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.100926 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list