CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7039|Reply: 0

'Krisis' berakhir, Onana berlatih semula dengan Cameroon

[Copy link]
Post time 18-1-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode

ONANA menaiki penerbangan khas untuk menyertai Cameroon selepas bermain bersama Man United di Old Trafford. FOTO AGENSI

Abidjan: Penjaga gol, Andre Onana mungkin berada dalam kesebelasan Cameroon untuk menentang juara bertahan Piala Negara-Negara Afrika, Senegal, esok apabila kembali berlatih, semalam.

Onana terlepas perlawanan pembukaan Cameroon di kejohanan di Ivory Coast itu pada Isnin lalu, selepas dia dibenarkan berada di Manchester United dan beraksi ketika seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.

Dia diterbangkan dengan pesawat sewa khas ke Ivory Coast selepas perlawanan di Old Trafford itu, tetapi tiba beberapa jam sebelum sepak mula Kumpulan C dengan Guinea, apabila Cameroon terpaksa bangkit sebelum seri 1-1.

Keputusan membenarkan pemain berusia 27 tahun itu melepaskan perlawanan pembukaan kejohanan itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan penyokong Cameroon.



Dalam temu bual selepas tiba di Ivory Coast, Onana mengulas mengenai dilema antara kesetiaan kepada kelab dan negara terutama apabila pemain antarabangsa Afrika terpaksa meninggalkan kelab Eropah pada pertengahan musim untuk bermain di Piala Negara-Negara Afrika.

"Ia seperti terpaksa memilih antara ayah dan ibu saya, tetapi negara tetap menjadi keutamaan dan itulah sebabnya saya berada di sini," katanya.

"Biarkan orang mengkritik saya kerana saya sudah biasa. Saya melakukan yang terbaik untuk negara."

Onana mencipta sejarah buat Cameroon apabila disenaraikan dalam pasukan ketika masih pemain remaja di Ajax Amsterdam.

Dia menolak panggilan ke Piala Negara-Negara Afrika pada 2017 apabila Cameroon muncul juara dan dihantar pulang selepas satu perlawanan di Piala Dunia Qatar 2022 kerana berbalah dengan jurulatih, Rigobert Song.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ula-dengan-cameroon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.515569 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list