CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5430|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3 keldai akaun kena tahan

[Copy link]
Post time 17-1-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode
3 keldai akaun kena tahan


BERNAMA



GAMBAR hiasan.



Balik Pulau: Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM279,450 baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam kes pertama, polis menahan seorang wanita berusia 24 tahun di Bayan Lepas semalam, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, wanita itu menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan mendapatkan wang komisen dalam talian oleh syarikat tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM213,200.

"Manakala kes kedua, kita menahan lelaki berusia 24 tahun itu Bayan Lepas yang dipercayai menjadi keldai akaun sindiket penipuan telefon dengan menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Pos Malaysia.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun bank menerusi dalam talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM19,150," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kamarul Rizal berkata, suspek ketiga pula seorang wanita berusia 21 ditahan di sini semalam, kerana menjadi keldai akaun sindiket memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai penghantar barang dan anggota polis.

Berdasarkan siasatan mangsa telah membuat empat transaksi secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM57,000.

"Kesemua tiga individu itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu nombor akaun yang diberikan suspek dan semakan boleh dibuat di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melalui pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau memuat turun di Aplikasi Google Play Store Semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi.



Disiarkan pada: Januari 17, 2024 @ 6:29pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.054787 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list