CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7434|Reply: 8

[Tempatan] [VIDEO] Penghendap Acacia dihantar ke Hospital Bahagia

[Copy link]
Post time 17-1-2024 05:39 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Penghendap Acacia dihantar ke Hospital Bahagia

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... e-hospital-bahagia/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
17 Januari 2024, 4:35 pm

  


Mohamad Safiq dibawa polis selepas prosiding di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang bekas pereka sambilan yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap dilepas dan dibebaskan namun diperintahkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta oleh Mahkamah Majistret, sebentar tadi.

Majistret Sasha Diana Sabtu memutuskan demikan selaras peruntukkan Seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah kerana pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh, Mohamad Safiq Rosli, 38, tidak waras.

“Bagaimanapun, mahkamah menggunakan peruntukkan Seksyen 348 Kanun sama supaya tertuduh ditahan di pusat tahanan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan melaporkan kes itu kepada Sultan Selangor,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Safiq didakwa menggunakan akaun @sopert99 secara berulang mengganggu mangsa, Acacia Mardiana Daud, 31, di akaun “@ShaFoShizzle”.

Gangguan itu kemudian dibaca di sebuah rumah di daerah ini, yang mana tertuduh sepatutnya tahu gangguan tersebut boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa. Antara gangguan itu adalah membabitkan luahan perasaan.

Kesalahan dilakukan pada 15 Julai hingga 21 Julai 2023.

Berikutan itu, tertuduh didakwa atas kesalahan menghendap di bawah seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kurus dia. Helok la sadokan badan terus. Mana tau jadik kacak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 10:02 AM | Show all posts
really nak tau dia ni anak sapa..
have have betul sampai boleh ikut orang tu pi uk bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 10:22 AM | Show all posts
adoi x pasal teringat apa dia buat kt acacia tu
geli woiiii
moga warga2 dlm sana tu dilindungi drpd dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah botak n kurus sopert ni. Dia kena tahan dlm lokap ke sebelum ni. Nampak terurus sikit. Elok la hantar ke sepital bahagia. Jauhkan drpd hp. Takde la dia record bideo capmelan lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 03:02 PM | Show all posts
dia ni kira stalker ke camne..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2024 03:06 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-1-2024 10:02 AM
really nak tau dia ni anak sapa..
have have betul sampai boleh ikut orang tu pi uk bagai..

kan..boleh pula tu ke uk duduk uk. memang tak perlu fikir cuti ambik annual leave bagai macam kita kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga pihak penjara launch package kuruskan badan. Dari bainun smpi lah ke dia ni terbukti berkesan. No wonder bang non dh 7 series pun nmpk fit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 04:15 PM | Show all posts
"...supaya tertuduh ditahan di pusat tahanan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan melaporkan kes itu kepada Sultan Selangor,”

What? why...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043195 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list