CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4319|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengasuh warga asing lari selepas dera kanak-kanak usia 3 tahun hingga patah kaki

[Copy link]
Post time 17-1-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid pada sidang media pada perhimpunan bulanan IPK Kuala Lumpur. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan pengasuh warga asing yang melarikan diri selepas mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga patah kaki.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pengasuh terbabit melarikan diri sebelum majikannya tampil membuat laporan polis pada 8 Januari lalu.

"Pengasuh berkenaan belum ditemui namun kertas siasatan sudah dibuka.

"Kita masih mengesan keberadaan pengasuh terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Konntinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.



Terdahulu, pada 11 Januari lalu, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dicubit, digigit dan dipukul sehingga patah kaki oleh pengasuhnya yang juga wanita warga asing.

Perkara itu terbongkar selepas kanak-kanak malang itu tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan dialami pada Isnin minggu lalu.

Ibu kanak-kanak yang berusia 36 tahun mendakwa mengambil pengasuh itu daripada sebuah agensi pekerjaan warga asing kira-kira tiga tahun lalu.

Difahamkan, wanita itu ditugaskan membantu menjaga anaknya yang menerima rawatan di HKL akibat masalah kesihatan.

Pada 2022, pengadu mula menyedari terdapat kesan lebam dan luka di beberapa bahagian badan, muka serta kemaluan anaknya namun, pengasuh menafikan melakukan penderaan.

Susulan kejadian itu, pengasuh melarikan diri sebelum ibu mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya turut mengesahkan menerima laporan ibu mangsa pada 8 Januari lalu.

Rakaman keterangan pengadu sudah diambil manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... usia-3-tahun-hingga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.098135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list