CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15721|Reply: 0

[Perak] Remuk hati ibu, anak usia sebulan hidap leukemia

[Copy link]
Post time 16-1-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Zanariah dan suami, Shahrir Asyraf bersama anak tunggal,

Ipoh: Hati wanita ini bagaikan berkecai saat doktor mengesahkan anak menghidap leukemia seawal usia sebulan, malah lebih meremukkan jiwa apabila melihat bayi itu menahan sakit ketika melakukan rawatan.

Zanariah Ahmad Zaki, 30, menganggap penyakit anak tunggal, Soffea Ammara Shahrir Asyraf yang kini berusia hampir tiga bulan sebagai ujian untuk dirinya dan suami, Shahrir Asyraf Senin, 31, namun tiada alasan untuk mereka menyerah.

Dia berkata, dia mengutip kembali semangat yang hilang untuk kuat dalam perjuangan bersama Soffea Ammara yang memerlukan rawatan selama dua tahun selepas didiagnosis penyakit itu pada November lalu.

"Anak disahkan menghidap penyakit itu selepas dua hari usianya genap sebulan. Pada mulanya kami datang ke klinik untuk pemeriksaan rutin dan pihak berkenaan beritahu ada bengkak di bahagian perutnya sebelum dirujuk ke hospital.



"Memang sebelum itu anak ada kembung perut dan kami tuam sebab ingatkan kembung biasa seperti bayi lain alami. Apabila dirujuk ke hospital, anak perlu menjalani pemeriksaan dan ujian darah sebelum anak disahkan luekemia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zanariah berkata, lebih memilukan hati apabila bacaan sel darah putih anak terlalu tinggi sehingga 1,700 dan tahap penyakit juga berisiko tinggi yang menjadikan dia merasakan dunia seakan gelap dengan berita duka itu.

"Doktor juga pesan kepada kami supaya sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan dan saya ketika itu memang sudah reda untuk terima apa saja tetapi kami tidak pernah putus harapan dan doa anak sembuh seperti biasa.

"Remuk hati saya melihat anak menjalani kemoterapi dan dia menahan sakit. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak menahan sakit terutama dia masih bayi yang tidak tahu apa cuma pandai menangis saja. Selepas menjalani rawatan anak akan demam dan pernah juga muntah," katanya.

Katanya, Soffea Ammara kini sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan memasang 'chemo port' dan rawatan kemoterapi namun masih memerlukan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

"Anak perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan setiap empat kali seminggu, namun anak kesayangan saya seorang yang sangat kuat kerana dia berjuang melawan penyakit itu di usia terlalu muda dan kalau orang tengok dia seperti bayi lain.

"Alhamdulillah, keadaannya ketika ini stabil dan sudah melepasi saat kritikal, malah kami lebih bersyukur apabila sel darah putih dia sudah berada di tahap bacaan empat saja berbanding sebelum ini 1,700," katanya.

Menurut Zanariah, mereka juga tidak kisah berulang-alik ke hospital asalkan anaknya sembuh dan berharap Soffea Ammara juga terus kuat serta bertahan untuk menghabiskan rawatan dan kemoterapi yang berbaki enam pusingan lagi.

"Setiap hari kami berdoa supaya ada keajaiban untuk anak dan mahu dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain serta dapat membesar dengan sihat.

"Demi anak, saya sanggup memperlahan kerjaya sebagai ejen insurans dan suami masih bekerja di sebuah kilang kerana apa yang penting ketika ini adalah memastikan perjuangan kami selesai dengan hasil yang baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulan-hidap-leukemia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 1.006105 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list