CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9681|Reply: 0

[Perak] Penternak terkejut lembu dibaham harimau

[Copy link]
Post time 16-1-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Perhilitan memeriksa bangkai lembu yang ditemui mati dipercayai diserang harimau belang di Kampung Pahit Dalam, Gerik semalam.

GERIK – Seorang penternak lembu terkejut apabila mendapati dua haiwan ternakannya mati dipercayai dibaham harimau belang dalam kejadian di Kampung Pahit Dalam di sini semalam.

Mohd. Shahrul Azhar Mat Zali, 39, berkata, kejadian itu disedari ketika dia tiba di kandang untuk memberi makan kepada 28 ekor lembu ternakan sekitar pukul 10 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia mendapati dua ekor lembu miliknya telah mati dan terdapat kesan gigitan pada tengkuk haiwan berkenaan.

“Pada awalnya, saya sangkakan lembu itu mati akibat dipatuk ular, tapi apabila melihat kesan kecederaan di bahagian tengkuk, saya percaya ia disebabkan serangan binatang buas.

“Saya cuba periksa kawasan sekitar jika terjumpa kesan tapak kaki binatang dan menemuinya kira-kira 500 meter dari lokasi dua bangkai anak lembu itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian haiwan ternakan dibaham harimau pertama kali dialami sejak dia mengusahakan penternakan lembu di kawasan tersebut lima tahun lalu.

Katanya, dia bagaimanapun pernah menemui kesan tapak kaki haiwan itu empat bulan lalu dan aduan disalurkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut.

“Kawasan ini memang laluan harimau dan saya pun tidak kisah sangat sebab haiwan itu tidak mengganggu, malah sekitar kandang juga dipasang pagar elektrik.

“Lembu ternakan saya pun bukannya dibiarkan berkeliaran kerana saya ada pekerja yang menjaganya. Namun bila berlaku kejadian seperti ini, saya mulai bimbang dengan keselamatan lembu lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima aduan berkaitan lembu mati dibaham harimau belang dan pemantauan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... bu-dibaham-harimau/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.354735 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list