CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5992|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Hoarders': 18 tan barang lusuh simpan di rumah

  [Copy link]
Post time 16-1-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-1-2024 11:50 AM

'Hoarders': 18 tan barang lusuh simpan di rumah

[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 16, 2024 @ 10:17ambhnews@bh.com.my




Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terhadap sebuah rumah di Georgetown kerana menimbulkan kacau ganggu dengan longgokan sisa barangan lusuh. - Foto MBPP ​
















































































































































































































































GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terpaksa memungut hingga 18 tan barangan lusuh yang disimpan di sebuah rumah dua tingkat di sini, semalam kerana menimbulkan kacau ganggu.

Keseluruhan longgokan sisa barangan lusuh itu diangkut menggunakan tiga lori MBPP.

MBPP menerusi kenyataannya berkata, operasi berkenaan dilakukan secara bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan PDRM.

Premis itu didapati menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh.


Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terhadap sebuah rumah di Georgetown kerana menimbulkan kacau ganggu dengan longgokan sisa barangan lusuh. - Foto MBPP


"Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 82, Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemilik premis pada 29 Disember lalu.

"Pemilik premis dengan sengaja tidak mengambil sebarang tindakan pembersihan dan masih membiarkan premisnya dalam keadaan yang meloyakan," menurut kenyataan itu di Facebook, semalam.

Menurut MBPP, pemeriksaan bekas berpotensi pembiakan nyamuk turut menemukan 'massive breeding' atau pembiakan jentik-jentik yang banyak di dalam baldi.

Tindakan penguatkuasaan sewajarnya sedang dipertimbangkan kerana pemilik tidak mematuhi Notis Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 sebanyak dua kali menyebabkan premisnya menjadi tempat pembiakan jentik-jentik yang boleh membawa kepada penyebaran wabak denggi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077364 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list