CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7181|Reply: 0

[Perak] Suami isteri seleweng zakat MAIPk dibebaskan dengan bon mahkamah

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Suami isteri terbabit dibebaskan dengan jaminan bon sebanyak RM50,000 seorang di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah mahkamah di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pasangan suami isteri yang ditahan reman sejak 6 Januari lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM9.62 juta, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Majistret Farah Nabihah Muhamad membenarkan permohonan polis untuk membebaskan lelaki berusia 50 tahun dan isteri berusia 53 tahun itu dengan jaminan bon sebanyak RM50,000 setiap seorang.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret di sini hari.

Menerusi laporan media pada 4 Januari lalu, polis menjalankan siasatan ke atas sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, siasatan dijalankan selepas syarikat itu dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... engan-bon-mahkamah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.125891 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list