View: 5334|Reply: 0
|
Gol ke-19 Mbappe pastikan PSG kian selesa
[Copy link]
|
|
MBAPPE (kiri) merembat bola melepasi pertahanan Lens, Jonathan Gradit. FOTO AFP
Paris: Kylian Mbappe menyumbat satu gol manakala penjaga gol, Gianluigi Donnarumma menyelamatkan sepakan penalti yang membantu Paris Saint-Germain (PSG) selesa dengan lapan mata di puncak Ligue 1 selepas menang 2-0 ke atas naib juara musim lalu, Lens, awal pagi tadi.
Bradley Barcola membantu PSG mendahului dengan gol keduanya buat juara Perancis itu selepas Donnarumma menafikan sepakan penalti awal permainan Przemyslaw Frankowski di Stade Bollaert.
Mbappe meledak gol seminit sebelum tamat dengan gol ke-19 buatnya dalam liga musim ini ketika PSG menggunakan kesempatan berikutan kekalahan pencabar mereka, Nice dan Monaco pada hujung minggu.
"Saya amat gembira dengan keseluruhan perlawanan, saya fikir pasukan kami kompetitif setiap kali turun ke padang dan hari ini tidak terkecuali," kata jurulatih PSG, Luis Enrique.
"Anda mahukan kegilaan, tetapi saya mahukan penguasaan."
Lens jauh berbeza daripada pasukan yang menamatkan kempen satu mata di belakang PSG musim lalu, namun prestasi mereka di gelanggang sendiri tetap mantap dan mempunyai rekod 11 perlawanan tanpa kalah sebelum rehat musim sejuk.
Bagaimanapun, hasrat mereka untuk melakukan kebangkitan terjejas apabila Jonathan Gradit dibuang padang pada hujung babak pertama selepas semakan VAR kerana menjatuhkan Barcola sebagai pertahanan terakhir.
PSG unggul lapan mata di depan Nice, yang tumpas 0-2 di Rennes, Sabtu lalu. Brest satu mata lagi di belakang, manakala Monaco merudum ke tangga keempat selepas kecundang 1-3 di laman sendiri kepada Reims.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-psg-kian-selesa |
|
|
|
|
|
|
| |
|