CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4985|Reply: 0

MotoGP: Marquez nafi spekulasi liar

[Copy link]
Post time 15-1-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ mengakui kehadirannya di Gresini disambut baik biarpun wujud spekulasi penyertaan di dalam keluarga besar Ducati bakal memberi masalah. - AFP

LONDON – Kehadiran Marc Marquez yang menyertai pasukan Gresini Racing pada musim 2024 ini dilaporkan bakal mewujudkan suasana tidak harmoni terutama dalam keluarga besar Ducati.

Juara dunia MotoGP enam kali itu disebut bakal mempunyai ‘musuh dalam selimut’ terutama buat anak didik Valentino Rossi seperti Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo), Franco Morbidelli (Pramac Racing) dan juga Marco Bezzecchi (VR46 Racing).

Sebelum ini, Bezzecchi naik angin dengan Marquez selepas mendakwa bahawa pelumba Sepanyol itu melanggarnya dan menyebabkannya terjatuh, malah tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pengarah perlumbaan sewaktu Grand Prix (GP) Valencia musim lalu.

Kehadiran Marquez bersama pasukan Itali itu juga dikatakan tidak disambut baik oleh pengurusan Ducati sendiri dan disebabkan itu kontrak Marquez dipendekkan menjadi setahun bersama Gresini berbanding dua tahun dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Marquez menafikan spekulasi liar tersebut dan menegaskan dia tidak akan membuat keputusan menyertai Gresini jika Ducati tidak mahukannya.

“Saya tidak pernah merasakan mereka (Ducati) keberatan untuk menandatangani saya atau mereka tidak mahu saya. Jika Ducati sendiri tidak mahu khidmat saya, saya tidak akan membuat langkah ini (meninggalkan Repsol Honda).

“Saya sentiasa cuba untuk tidak menjadi tajuk utama akhbar dan saya sentiasa mendapat banyak sokongan daripada pasukan Gresini sendiri. Malah, Gresini memberi saya masa dan itulah sebab utama saya menyertai pasukan ini.

“Secara hakikatnya bahawa mereka tidak pernah menolak saya sehingga saya mempunyai keputusan yang jelas untuk menyertai pasukan ini,” kata Marquez. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... afi-spekulasi-liar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 1.969136 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list