CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9188|Reply: 51

[Dunia] ‘Disease X’ bakal cetus pandemik baharu

  [Copy link]
Post time 15-1-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 16-1-2024 03:41 AM

'Penyakit X' boleh mencetuskan pandemik seterusnya, menurut WHO setanding Ebola, SARS atau Nipah. 9 patogen para saintis sedang memantau

Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia yang bakal berlangsung di Davos, Switzerland minggu hadapan mencuri perhatian ramai kerana salah satu sesi pertemuan yang bakal berlangsung menyentuh soal: "Persediaaan menghadapi Penyakit X."

Apakah 'Penyakit X'?

"Penyakit X," menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah "wabak penyakit dunia tidak dapat dikesan jenis patogen apakah yang menyebabkannya wujud”.

Malah, ketua organisasi itu Tedros Adhanom Ghebreyesus dilaporkan akan berucap pada majlis itu, selain Michel Demaré iaitu lembaga pengarah kepada AstraZeneca, Menteri Kesihatan Brazil Nisia Trindade Lima, Jamil Edmond Anderlini, ketua editor Politico Europe serta beberapa individu lain.

Berita pertemuan untuk menghadapi pandemik yang bakal berlangsung itu menjadi isu panas pada akhir minggu di platform X dan Google yang dikenali sebagai "Disease X".

Para pemilik akaun media sosial yang berhaluan kanan menyelar sesi perjumpaan yang bakal berlangsung itu, mendakwa para pemimpin dunia akan bersidang bagi membincangkan rancangan mengenakan mandat vaksin, menyekat kebebasan bersuara dan juga merancang pandemik baharu.

Pada hari Khamis, bekas Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam untuk Trump di Jabatan Perbendaharaan A.S. dan penganalisis Fox News, Monica Crowley telah menghantar amaran yang dikatakan tidak berasas mendakwa "globalists yang tidak dilantik secara rasmi akan mengadakan sebuah pertemuan untuk membincangkan pandemik masa hadapan yang 20 kali ganda lebih membawa maut daripada COVID. ”

“Tepat pada masanya untuk pilihan raya (Amerika), penularan baharu yang membolehkan mereka melaksanakan perjanjian baharu bersama WHO dengan melaksanakan lockdown semula, menyekat hak bersuara dan memusnahkan kebebasan awam,” tulisnya.

“Bunyi mengarut? Tapi, lihat sajalah apa yang terjadi pada tahun 2020.”

Dr. Amesh Adalja, seorang pegawai kanan di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins memberitahu Fortune, mereka yang berada di dalam bidang perubatan dan kesihatan awam "sering menjalankan eksperimen dan latihan sebagai langkah awal menghadapi sebarang pandemik."

"Fungsi penting adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta respon yang perlu diperhalusi," katanya.

'Mikroorganisma keutamaan' WHO, selain daripada 'Penyakit X'

WHO menyimpan rekod "patogen utama" yang "berisiko terhadap kesihatan awam yang dikatakan mempunyai potensi menjadi wabak merbahaya samada kecil mahupun yang besar".

Kali terakhir dikemaskini pada 2018, ditangguhkan pada tahun 2023 dan laporan baharu dijangka bakal diterbitkan pada suku pertama tahun 2024.

Walaupun senarai itu masih belum cukup lengkap dan tidak semestinya mengesahkan akan kemungkinan besar terjadinya wabak seterusnya, isu mikroorganisma kini dipantau rapi oleh pegawai kesihatan awam global termasuk "Penyakit X".

https://fortune.com/well/2024/01/12/what-is-disease-x-world-economic-forum-pandemic-planning/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 01:30 PM | Show all posts
...


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
xhamster.com tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2024 11:24 AM | Show all posts
Edited by JoyahMengayah at 16-1-2024 04:44 AM


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apekebenda lagi lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang percaya lagi ke dengan penyakit ciptaan ni. Lepastu dorang cipta vaksin. Muahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 11:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nak tanya.. ade tak vaksin utk org gila capub. mintak di cocok kt acik2 tiktok feeling feeling aretis smua bnde nak naik. terima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 12:19 PM | Show all posts
ini semua penyakit ciptaan manusia...biological warfare...

dunia semakin tenat, harap kita semua bersedia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia Maha Pencipta
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 12:36 PM | Show all posts
cara perang baru..
tak perlu hantar beribu army..
lepas satu penyakit, ramai la mati..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 01:19 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 15-1-2024 01:20 PM
prettyuglybabe replied at 15-1-2024 12:36 PM
cara perang baru..
tak perlu hantar beribu army..
lepas satu penyakit, ramai la mati..

mulakan pandemik baru

kmdian kempen fear mongering

kenalkan beksin..

kmdian ramai2 cocok

coba guna otak sikit

jgn jadi bodoh

mcmana Bill Gates tetiba jadi pakar pandemik

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk serang Generasi X kot

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:24 PM | Show all posts
there's no such thing as create satu huruf shj. Kalau betul penyakit they will put a name on it. Cukuplah rakyat Malaysia jgn kena bodoh dgn pemimpin  sbb rakyat negara luar dah lama cerdik dan tidak comply melayan naratif isu Covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
"It's a big club and you ain't in it." - George Carlin
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 03:20 PM | Show all posts
penyakit x ni dah lama dicipta sebelum 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 03:21 PM | Show all posts
dan awak masih mempercayai covodo asal dari tabiat memakan kelawar tiba2 kerana kebosanan dna covodo tiba2 melompat ke manusia to spice their short life?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-1-2024 02:01 PM
Untuk serang Generasi X kot

Fuhh nasib bkn gen X
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:11 PM | Show all posts
penyakit x ni memang dah ada ka, bunyi berita mcm dah wujud... dah diketahui kesan bawa maut lebih 20 kali ganda lebih kuat dari covid, dari mana angka 20 tu... atau adakah wartawan salah tulis ni..

setakat nak perhalusi respon, berita tak perlulah dibuat spt menakutkan manusia.

perhalusi sahaja di badan who sana cukup... ni mesti ada agenda lain. nak peruntukan kah? nak duit untuk bina facility bina vaksinkah.. nampak gaya nak dibuat bisnes kesihatan manusia ini. kapitalis barangkali dah turun air liur nak manipulat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-1-2024 12:25 PM
Manusia Maha Pencipta

Maha perosak la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.113796 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list