CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14998|Reply: 0

[Perlis] Rugi lebih RM160,000 akibat mabuk cinta 'Hassan Asqad'

[Copy link]
Post time 14-1-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Arau: Mabuk cinta dengan 'Hassan Asqad' menyebabkan seorang penjawat awam rugi lebih RM160,000 akibat terjerat love scam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, wanita berusia 45 tahun itu mula diperdaya selepas berkenalan dengan lelaki menerusi LinkedIn, April tahun lalu.

Katanya, suspek memperkenalkan diri sebagai Hassan Asqad, seorang Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat pembinaan Hassan and Sons Construction Incorporation yang beralamat di Quanzhou, China.

Menurutnya, walau hanya berhubungan secara dalam talian, perkenalan itu berlanjutan hingga kepada hubungan cinta, sebelum suspek meminta bantuan kewangan daripada mangsa.



"Pada 1 Oktober tahun lalu, suspek memaklumkan kepada mangsa yang dia ke Pulau Cebu, Filipina atas urusan projek pembinaan, namun mendakwa mengalami masalah untuk melakukan transaksi kewangan kerana berada di kawasan pedalaman.

"Suspek meminta bantuan mangsa untuk membuat beberapa transaksi dalam talian dan atas dasar cinta dan percaya, mangsa kemudian melakukan 32 kali transaksi ke tiga akaun bank.

"Dua daripadanya adalah akaun bank luar negara, dengan nilai transaksi berjumlah RM162,554.70." katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mohsin berkata, mangsa mula curiga kerana nilai transaksi yang tinggi dan suspek banyak beri alasan, sehingga dia nekad 'menyiasat' identiti sebenar suspek.

"Pada 1 Januari lalu, mangsa berjaya menemui akaun Facebook dan Instagram sebenar 'Hassan Asqad' yang mana pemiliknya mengesahkan yang identitinya disalah guna.

"Mangsa yang menyedari ditipu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau," katanya yang memberitahu kes dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa menyemak kesahihan maklumat dalam aplikasi semak mule.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cinta-hassan-asqad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057878 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list