CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4133|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pusat hiburan baru sehari beroperasi diserbu, 52 individu ditahan

[Copy link]
Post time 14-1-2024 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Pusat hiburan baru sehari beroperasi diserbu, 52 individu ditahan

OlehAHMAD ISMADI ISMAIL
14 Januari 2024 12:59pm




Antara individu yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan pada Ahad. Gambar kecil: Soffian




SIMPANG AMPAT - Seramai 52 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang baru sehari beroperasi serta tiada lesen perniagaan di sini pada Ahad.
Serbuan itu dilaksanakan oleh bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan pada jam 12.10 tengah malam.



Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya juga berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 17 tahun disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa.

"Kita turut menahan seorang lelaki tempatan disyaki pemilik premis berusia 29 tahun bagi membantu siasatan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.



"Kita juga menahan seorang lelaki warga Myanmar yang juga majikan berusia 48 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Selain itu, beliau berkata, seramai 50 termasuk 20 wanita warga Myanmar berusia antara 19 hingga 41 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058778 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list