CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5595|Reply: 0

Bintang hoki dedah hampir putus asa

[Copy link]
Post time 14-1-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode

SHAHRIL (duduk) sudah tidak sabar merobek gawang China menjelang aksi pertama Kelayakan Olimpik di Oman malam esok. – FARIZ RUSADIO

TEMPOH sembilan bulan tidak turun padang disebabkan perlu menjalani proses pemulihan akan menjadi sesuatu yang sa­ngat bermakna buat Muhammad Shahril Saabah sekiranya skuad hoki kebangsaan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Kini, semangatnya berkobar-kobar dan tidak sabar untuk membantu Speedy Tigers me­realisasikan impian itu dengan meraih tiga tiket yang ditawarkan pada Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman ketika ini.

Shahril, 30, yang disahkan sembuh sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dan masalah chondral di bahagian lutut, bertekad untuk memberikan segala-galanya apabila turun aksi pertama Kumpulan A menentang China malam esok.

“Kebanyakan atlet yang kena chondral takkan baik, terus bersara. Saya dah jumpa lima atau enam atlet yang mengalami masalah ini, satu sahaja daripada mereka yang sembuh.

“Sebab itu saya anggap sembilan bulan rehab ini sangat berbaloi kerana saya dapat rasakan badan kembali segar. Jujurnya saya sendiri terkejut dapat kembali berada pada tahap terbaik seperti sebelum ini

“Cumanya saya ada rasa sedikit gementar bila lama tak main, lebih-lebih lagi ini adalah kejohanan besar. Boleh dikatakan ini hidup dan mati kami sebagai pemain hoki,” katanya.

Bagaimanapun, pakar flik itu bertekad untuk memberikan persembahan terbaiknya biarpun skuad negara, No.12 dunia, turun tanpa kelibat beberapa pemain utama di Oman disebabkan masalah kecederaan.

Baginya, dia sedia memikul tanggungjawab tersebut demi memastikan Speedy Tigers dapat menamatkan penantian 24 tahun ke pentas Olimpik sejak kali ter­akhir melakukannya pada edisi 2000 di Sydney, Australia.

“Sekarang bukan waktu untuk belajar dan kami tak boleh terlalu yakin. Kami akan turun sebagai underdog, kerja lebih kuat sebab ini hidup mati kerana dah lebih 20 tahun hoki tak layak ke Olimpik,” jelasnya.

Selepas bertemu China, skuad bimbingan A. Arul Selvaraj itu dija­dualkan bertemu Great Bri­tain (16 Januari) sebelum melengkapkan saingan Kumpulan A menentang seteru lama, Pakistan pada 18 Januari.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... h-hampir-putus-asa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list