CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6530|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang pulih sepenuhnya - PBAPP

[Copy link]
Post time 14-1-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang pulih sepenuhnya - PBAPP


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 14, 2024 @ 10:54am bhnews@bh.com.my




Penduduk Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, Pulau Pinang mengisi air yang diambil dari lori tangki berikutan gangguan bekalan air dialami. - Foto fail NSTP




GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berjaya memulihkan bekalan air kepada keseluruhan pengguna terjejas mengikut jadual ditetapkan, pagi ini.

Menurut PBAPP, status pemulihan bekalan air secara keseluruhan membabitkan 590,000 pengguna terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual bermula Rabu lalu telah mencapai 100 peratus jam 6 pagi tadi.

"Pemulihan bekalan air Tahap Tiga melibatkan 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian Pulau selesai sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

"Pemulihan Tahap Empat iaitu penyaluran bekalan air kepada baki 0.5 peratus pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian Pulau turut selesai dalam tempoh sama," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebanyak 590,000 pengguna di Pulau Pinang terbabit gangguan bekalan air berjadual bermula jam 6 pagi Rabu lalu hingga jam 6 pagi Ahad ini, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

Sementara itu, 157 kawasan lagi membabitkan Daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau dijangka mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Pagi semalam, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilapor berkata, baki lebih 10,000 akaun pengguna PBAPP di Daerah Barat Daya yang masih terjejas berikutan gangguan air selama empat hari itu dijangka pulih sepenuhnya menjelang jam 6 pagi hari ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.060962 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list