CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16361|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerja pembinaan paip lencongan dimulakan tengah malam ini - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 13-1-2024 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Kerja pembinaan paip lencongan dimulakan tengah malam ini - Kon Yeow

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
13 Januari 2024 06:10pm




Kon Yeow (dua dari kanan) melihat peta pembinaan paip lencongan yang merentasi atas Sungai Perai.




BUTTERWORTH - Projek pembinaan paip lencongan sementara yang merentasi atas Sungai Perai akan dimulakan pada tengah malam ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berharap proses pemulihan air sepenuhnya akan dapat disempurnakan pada jam 6 pagi esok (Ahad) seperti disasarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebelum ini.



“Kerja-kerja yang terbabit adalah membina struktur sementara supaya dua paip (lencong sementara) 600 milimeter (mm) dapat diletakkan di atas struktur ini iaitu kira-kira 10 meter (m) jauh dari Jambatan Ampang Jajar serta tidak akan menjejaskan (aliran trafik) Jambatan Ampang Jajar ini.

“Paip lencong sementara ini akan dibina (merentasi atas Sungai Perai) bagi menyambungkan dengan paip-paip sedia ada,” katanya ketika melawat tapak cadangan projek berkaitan dekat Sungai Perai di sini, pada Sabtu.



Hadir sama, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari; Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jason H’ng Mooi Lye.

Dalam perkembangan berkaitan, Kon Yeow berkata, kerja-kerja kemajuan paip lencong sementara di sini tidak akan menjejaskan pembekalan air terawat ke semua kawasan di bahagian Seberang Perai serta di daerah Timur Laut.

“Sebab (paip sedia ada di dasar Sungai Perai) ini menyalurkan air ke Daerah Barat Daya, maka, Barat Daya merupakan kawasan yang mungkin terjejas.

"Tetapi, kita (PBAPP) masih membenarkan penyaluran air dengan tekanan rendah (ke Daerah Barat Daya),” ujarnya.




Kon Yeow memaklumkan bahawa proses pemulihan air ke Daerah Barat Daya telah mencapai 90 peratus.

Tambah beliau, Mooi Lye sedang menggerakkan kesemua aset air milik PBAPP, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Persatuan Bomba Sukarela (PBS) seperti lori tangki air dan sebagainya ke kawasan-kawasan terjejas berbaki kira-kira 10 peratus dekat Daerah Barat Daya, sehingga proses pemilihan mencapai 100 peratus di negeri ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067076 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list