CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16807|Reply: 0

[Perlis] Pemandu salah guna lesen bawa pelancong sampai Thailand

[Copy link]
Post time 13-1-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu salah guna lesen bawa pelancong sampai Thailand


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan sedang meninjau perjalanan Ops Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan Zon Utara di Bulatan Padang Besar. FOTO AIZAT SHARIF




Padang Besar: Keghairahan menyambut Tahun Melawat Perlis 2024-2025 menyebabkan ramai pemandu kenderaan yang menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Mereka bertindak membawa pelancong dalam kenderaan persendirian menjelajah seluruh negeri berkenaan sehingga ke Thailand.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata, Ops Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan yang dijalankan sejak semalam dengan kerjasama Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Ia bagi membanteras aktiviti pakej pelancongan tanpa lesen yang sah di sekitar negeri Kedah dan Perlis.

"Tujuan kita adalah memastikan pelancong yang bergerak masuk atau keluar dari Thailand mendapat perlindungan selain diberi perkhidmatan ejen pelancongan yang sah.

"Dalam operasi dua hari ini, 1,038 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 331 pemilik melanggar pelbagai peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ini termasuk kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada permit ICP bagi kenderaan asing, LKM tamat tempoh, tiada insurans kenderaan.

"Pemandu menyalahgunakan LKM bagi pemilik kenderaan persendirian dengan membawa pelancong iaitu kesalahan tidak hanya pada JPJ malah MOTAC kerana tiada pemandu pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ops Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan Zon Utara di Hub Bas Padang Besar berhampiran Bulatan Padang Besar, di sini hari ini.

Katanya, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia dan bagi menggalakkan peningkatan ekosistem pelancongan, JPJ dan MOTAC akan meningkatkan operasi bersepadu secara kolaborasi ini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Lokman bersama ke Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Penguatkuasaan MOTAC, T Kanmani meninjau operasi yang dijalankan selama dua jam itu di sekitar pintu masuk negara ini di Padang Besar.



Disiarkan pada: Januari 13, 2024 @ 4:49pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.216275 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list