CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4442|Reply: 15

[Tempatan] Bas bawa 29 penumpang terbakar, seorang rentung, lima cedera

  [Copy link]
Post time 13-1-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode

PASUKAN bomba bertungkus-lumus memadam bas ekspres dua tingkat yang terbakar di KM 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi.

Bas bawa 29 penumpang terbakar, seorang rentung, lima cedera
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
13 Januari 2024, 9:17 am

ALOR GAJAH – Seorang penumpang maut, manakala lima lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang mereka naik terbakar dalam kejadian di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, difahamkan bas tersebut membawa seramai 29 penumpang warga Singapura.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Timbalan Penguasa Bomba II (KUP) Zahrul Azha Mokhtar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.55 pagi dan seramai 21 pegawai dan anggota bersama-sama jentera dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah bas yang telah terbakar sepenuhnya dan dimaklumkan kenderaan itu telah melanggar sebuah motosikal yang terbabas sebelum itu.

“Terdapat 30 mangsa termasuk seorang pemandu bas dan enam daripada penumpang mengalami kecederaan. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Melaka dengan menaiki jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), ambulans St. John dan kenderaan orang awam,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba turut bertindak mencari dan mengesan mangsa lain di bahagian bawah bas dan di sepanjang laluan lebuh raya sejauh 150 meter.

“Penunggang motosikal terlibat dimaklumkan dapat dihubungi dan berada dalam keadaan selamat di lokasi lain berdasarkan nombor plat motosikal yang dijejaki pihak polis.

“Setelah membuat pemeriksaan, pasukan bergerak pulang ke balai selepas memastikan tiada lagi bahaya lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan nahas tersebut dan seorang penumpang maut akibat terbakar.

“Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dilakukan oleh pegawai penyiasat,” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbakar  tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dlm perjalanan nak pi siam ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 13-1-2024 10:04 AM
Mesti dlm perjalanan nak pi siam ni

Mana ko tau dik?

Kot la depa nak pegi kenduri kawin ka, rombongan makan2 ka, shopping ka.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 10:19 AM | Show all posts
Salam takziah semoga dipermudahkan segala urusanoleh semua pihak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik genting ker.. kesiannya.. risau ler pulak set2 mak kita ni suka g rombongan cik kiah  naik bas. Nak naik flight jauh be jalan kt airport tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
harapnya takde la mangsa lain bawah bas tu.

teringat kes satu fmly nak hantar anak konvo/bljr entah yg terhempap bawah kontena. berhari2 mati sekeluarga bawah kontena tu bila kontena tu diangkat utk kerja2 pembersihan baru tau ada mangsa terpenyek bawah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2024 10:51 AM | Show all posts
syamzana replied at 13-1-2024 10:33 AM
harapnya takde la mangsa lain bawah bas tu.

teringat kes satu fmly nak hantar anak konvo/bljr entah ...

aah iols ingat berita tu...atuk nenek bawa cucu utk amik result SPM...cucu belajar kat sekolah asrama maktab tentera (tak ingat nama SBP tu) ..dorg dari kedah masa tu bertolak malam...family arwah budak tu duk trg...agaknya arwah budak tu duk rumah nenek sementara tunggu result SPM kot. mak arwah sentiasa contact masa dorg dlm perjalanan. pastu lost contact. pagi tu parents arwah contact PLUS utk check kat tol2...last seen kat tol jelapang..pastu PLUS dah tak dpt detect kete tu. penduduk area kat rumah parents di terengganu adakan solat hajat kat masjid sbgi usaha utk jumpa. ...sbb sampai tghr masih takde khabar berita kalau tak silap...bila proses nk angkat lori kontena tu yg accident dkt tol jelapang tu yg baru tahu ada kete bwh tu...the whole kete penyek...huhu... .agaknya lori tu terbabas then hempap kete dorg...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 10:53 AM | Show all posts
lori ni tak terbabas kan...motorsikal tu yg terbabas...pastu lori tu langgar motor tu sib baik penunggang dia dah takde dkt motor tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 13-1-2024 10:09 AM
Mana ko tau dik?

Kot la depa nak pegi kenduri kawin ka, rombongan makan2 ka, shopping ka.

Fitnah dik musk oooo. Tp sbnrnya bila pi bkt kayu hitam selalu nampak bas bwk singaporean ni. Pi siam ni skrg bukan nak jumpa prostitute.. tp nak mkn2  dan shopping2 ja
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 13-1-2024 10:51 AM
aah iols ingat berita tu...atuk nenek bawa cucu utk amik result SPM...cucu belajar kat sekolah asr ...

kisah tahun bila ni..ngerinya  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 13-1-2024 11:56 AM
kisah tahun bila ni..ngerinya

Iols tak ingat..nnt ada masa iols godek2...mmg sedih sgt...kecoh juga kat trg masa tu...ada thread kat CI..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 13-1-2024 10:04 AM
Mesti dlm perjalanan nak pi siam ni

Nak pi genting kot....
Sporean suka pi genting
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mejaputih at 13-1-2024 01:40 PM
bakingsoda replied at 13-1-2024 11:56 AM
kisah tahun bila ni..ngerinya


Iols hanya jumpa thread ni..2016
[Tragedi SPM] Jenazah empat sekeluarga selamat dikebumikan
https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=25450&mobile=2

Ada satu lg thread yg sblm tu yg ceritakan psl ibu arwah usaha utk detect di mana kete tu..masa dorg alihkan lori tu dah tinggal abu dah bwh tu..masa lori tu terbalik org2 situ ingat ke lori tu yg terbakar..rupanya kete yg bwh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Serious seram dan ngeri giler...camne boleh terbakar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.065412 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list