CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18373|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mandi sehari sekali, penduduk terpaksa jimat air

[Copy link]
Post time 12-1-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Mandi sehari sekali, penduduk terpaksa jimat air

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
12 Januari 2024 03:20pm




Siti Nurhidayu (kanan) bersama adiknya terpaksa mengehadkan penggunaan air kerana kehabisan simpanan air di rumahnya.




TELUK KUMBAR- "Kami mandi sehari sekali sahaja. Kena jimat-jimat air". Itu antara keluhan beberapa penduduk di sekitar Flat Bandar Baru Perda, di sini yang terpaksa membuat catuan air selepas kawasan tersebut mula terputus bekalan air sejak 8 Januari lalu.

Siti Nurhidayu Khairul Hisyam, 21 berkata, dia dan empat keluarganya yang tinggal di blok enam flat itu hanya mandi sekali sehari sepanjang gangguan bekalan air di negeri ini.



Menurutnya, air yang diambil daripada tangki jumbo yang disediakan di pekarangan flat itu hanya untuk kegunaan membasuh pinggan mangkuk dan mandi.

"Tiga hari dah kami ambil air di sini sebab untuk masak, kami guna air yang kami simpan di dalam tong. Itu pun dah nak habis, kami berjimat-jimat.



"Nak simpan air banyak-banyak (dalam tong), rumah kami sempit, tiada ruang. Jadi kami tiada pilihan lain, terpaksa mengangkut air berulang kali untuk memenuhi semula tong di rumah," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Pesara, Kam Leong Hoe, 70 yang berkata, stok air bersih di rumahnya telah habis digunakan menyebabkan dia keluar mencari tangki air jumbo untuk mengisi semula tong di rumahnya.

Dia yang tinggal di rumah teres di Taman Perda, Tingkat Teluk Kumbar bersama enam ahli keluarganya berkata, air tersebut adalah untuk kegunaan hariannya termasuk untuk memasak dan mandi.

"Sejak tiada air, kami sekeluarga guna air yang disimpan di dalam dua tong besar dan 10 plastik. Bagaimanapun, stok air telah habis menyebabkan saya keluar mencari air.




"Semalam saya sudah cari, tetapi tak jumpa (lori tangki jumbo). Hari ini saya akan mengangkut air untuk memenuhkan semula tong besar di rumah saya," katanya.

Suri rumah, Wan Nurul Afiqah Wan Omar, 23 berkata, dia terpaksa mengangkut air beberapa kali sejak terputus bekalan air bersama adiknya, Wan Nurul Adila, 17 untuk kegunaan harian lima ahli keluarganya yang lain.








"Banyak kali dah kami angkut air sebab di rumah, memang langsung tiada air. Air yang kami simpan, sudah habis. Tambahan pula, kami lima sekeluarga, jadi kegunaan air memang agak banyak.

"Air ini untuk mandi dan membasuh sahaja. Untuk masak, saya guna air mineral yang dibeli sebelum ini. Itu pun dah nak habis, nampak gaya kena beli lagi selepas ini," keluhnya.


Petugas Masjid Ridwaniah sedang membantu penduduk sekitar Sungai Batu mengisi air daripada tangki fleksi ke dalam tong kecil dan baldi.




Sementara itu, Siak Masjid Ridwaniah, Rosli Hashim berkata, sejak ketiadaan bekalan air di kawasan Sungai Batu, Teluk Kumbar pada Rabu lalu, petugas-petugas yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid bertugas selama 24 jam.

Menurutnya, petugas masjid berkenaan bertindak membantu mengagihkan air dari tangki fleksi yang diletakkan di luar masjid berkenaan kepada penduduk setempat.

"Petugas di masjid ini membantu penduduk setempat mengambil stok air kerana di sini, ia merupakan tumpuan pelbagai golongan untuk mendapatkan bekalan air, termasuk penduduk flat berdekatan.

"Sejak Rabu, petugas bergilir-gilir bertugas 24 jam untuk membantu penduduk mengambil air yang diisi dalam tong kecil dan baldi.

"Ada penduduk yang datang dari Bayan Lepas dan Sungai Ara datang mengambil air di sini kerana kawasan mereka sudah kehabisan air," katanya.

Sebelum ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan sebanyak 590,000 akaun pengguna bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 hingga 14 Januari.

Kawasan yang terjejas termasuk majoriti di kawasan Seberang Perai manakala di bahagian pulau ialah Pulau Tikus, George Town, Jelutong, Gelugor, Bukit Jambul, Relau, Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Kumbar dan Balik Pulau.

Gangguan tersebut akan berlaku selama lima hari untuk membolehkan PBAPP menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Kerja pembaikan paip tersebut melibatkan penggantian dua unit injap kawalan utama sebesar 1,200 milimeter (mm) dalam saluran paip air terawat utama dalam LRA yang bocor.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list