View: 7187|Reply: 5
|
[Tempatan]
Honda Malaysia umum harga varian CR-V e:HEV RS bermula RM195,900
[Copy link]
|
|
Honda Malaysia umum harga varian CR-V e:HEV RS bermula RM195,900
https://www.bharian.com.my/bisne ... rs-bermula-rm195900
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Januari 11, 2024 @ 3:38pm
[email protected]
Honda CR-V e:HEV RS. - NSTP/FATHIL ASRI.
KUALA LUMPUR: Honda Malaysia secara rasmi mengumumkan harga model kenderaan utiliti sukan (SUV) perdananya, Honda CR-V e:HEV RS yang ditawarkan bermula RM195,900.
Diperkenalkan pada Disember lalu ketika pelancaran CR-V serba baharu, varian e:HEV RS dengan jolokan 'The Ultimate SUV' memperluaskan lagi barisan jentera varian terbabit Honda Malaysia.
Honda CR-V e:HEV RS serba baharu dikuasakan dengan trenkuasa generasi baharu 2.0L e:HEV yang menghasilkan kuasa sehingga 184PS dan tork 335Nm dengan mengetengahkan prestasi kereta hibrid.
Selain itu, rangkaian kuasa dipasangkan dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan Elektrik (e-CVT) dalam rangka kerja baharu, memastikan kecekapan bahan api yang sangat baik dan keserasian kuasa tinggi.
Malah, penawaran Sistem Pemanduan 3-Mod dalam CR-V e:HEV RS juga meningkatkan sensasi dengan memboleh pemandu menukar mod pemanduan mengikut keutamaan mereka.
Tampil dengan wajah baharu, CR-V e:HEV RS menampilkan reka bentuk seimbang dan estetika, dengan gaya moden serta sofistikated.
Ia hadir dengan gril depan dengan corak Mesh tebal, lampu LED di bahagian depan dan belakang, lampu isyarat LED, kemasan krom di belakang ekzos dan lampu membelok aktif.
Varian tertinggi untuk CR-V generasi ke-6 ini turut dilengkapi dengan gril penutup aktif, ciri automatik pada bampar depan bawah (Front Lower Bumper) yang menambah baik aerodinamik dan penjimatan bahan api.
Selain itu, varian e:HEV RS didatangkan dengan rim aloi Berlina hitam 18-inci yang meningkatkan rasa premium model itu. Ia juga menawarkan lampu kabin ambien berwarna.
Buat pertama kali untuk Honda Malaysia, model ini dilengkapi dengan lapan beg udara termasuk dua beg udara di bahagian lutut.
CR-V e:HEV RS menawarkan aspek praktikaliti dan fleksibel dengan kapasiti but 589-liter dengan kemudahan tailgate berkuasa dengan fungsi walkaway close.
Menjengah ke dalam kabin, varian ini lengkap dengan meter TFT 10.2 inci dan sistem bunyi premium Bose dengan 12 pembesar suara.
Antara lain, CR-V e:HEV RS didatangkan dengan kad kunci pintar, unit paparan HUD, pengecas tanpa wayar, dua port USB di hadapan dan belakang, paparan audio termaju 9-inci dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto.
CR-V e:HEV RS kini memiliki sembilan fungsi Honda SENSING dengan ciri terbaharu Adaptive Driving Beam (ADB).
|
|
|
|
|
|
|
|
Mkn mahal ye kete skang. Baik angkut tesla. #gengbaikbeli |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah rege mcm ni memang baik ambik tesla terus. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 11-1-2024 04:26 PM
Mkn mahal ye kete skang. Baik angkut tesla. #gengbaikbeli
Kalau rasa dah mahai tu, sokong la produk tempatan.. proton ka perodua ka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki iols berkenan tapi dia Kata malas nak pikir hutang tambahan..hahaha...
Biorlah dengan apa yang ada Ni je.. |
|
|
|
|
|
|
|
pe benda la honda ni, harga keta dah nak sampai 200k tapi gearbox masih lagi dok pakai CVT, setakat tambah huruf e kat depan CVT ingat boleh gula2 kan org bagitau gearbox ni dah bagus ke?
kurang2 letak la DCT gearbox ka, berbaloi la dgn harga. Proton pun byk dah guna gearbox DCT |
|
|
|
|
|
|
| |
|