CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4898|Reply: 0

[Perak] Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan

[Copy link]
Post time 11-1-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

KOK MING (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh majikannya di Taman Rasi Jaya, Menglembu minggu lalu.

IPOH – Seorang pekerja kedai aksesori telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga majikannya minggu lalu.

Tertuduh, Yap Kok Ming, 54, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Lee Siew Lean, 49, di sebuah kedai menjual aksesori telefon bimbit di Laluan Rasi Jaya 8, Taman Rasi Jaya di Menglembu pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari, 4 Januari 2024.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat mangsa. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... akwa-bunuh-majikan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.356604 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list