CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9937|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penyambungan bekalan air peringkat pertama berjaya dilaksanakan

[Copy link]
Post time 11-1-2024 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Penyambungan bekalan air peringkat pertama berjaya dilaksanakan


Oleh Audrey Dermawan - Januari 11, 2024 @ 9:50am  bhnews@bh.com.my




Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan meninjau kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua semalam. - Foto NSTP/Danial Saad




GEORGETOWN: Kerja-kerja penyambungan bekalan air di beberapa bahagian di Seberang Prai dan Pulau Pinang berjaya dilakukan selepas kerja penggantian paip yang dirancang disiapkan lebih awal daripada dijadualkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan, berkata pihaknya berjaya menyiapkan semua kerja penggantian yang dirancang di Loji Rawatan Air Sungai Dua dan 22 lokasi lain lebih awal daripada jadual.

Katanya, peringkat pertama pelan pemulihan bekalan air berjaya dipulihkan pada jam 11 malam tadi.

"Bekalan air dipulihkan secara beransur-ansur hari ini untuk 197,025 pengguna air (33 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas) di Seberang Prai.

"Peringkat pertama sepatutnya siap pada jam 6 pagi esok seperti yang dijadualkan memandangkan ia tidak terjejas dengan kerja penggantian di Sungai Prai kerana Loji Rawatan Air Sungai Dua sedang mengepam air kepada pengguna melalui saluran paip utama yang lain," katanya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula hari Rabu hingga Ahad ini bagi membolehkan kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang.

Namun, PBAPP menjangkakan sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT), akan menerima bekalan air selepas 48 jam manakala sebanyak 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Bagaimanapun K Pathmanathan berkata, pasukan tindak balas kecemasan (ERT) sedang menangani isu di Sungai Prai susulan pengapit yang dipasang pada bahagian yang bocor tercabut akibat penurunan tekanan air, selepas menutup bekalan air pagi semalam.

Katanya, kerja pembaikan sedang dijalankan di Sungai Prai kerana masalah teknikal yang berlaku semalam.

"Satu pengapit yang direka khas untuk diletakkan di atas lubang sepanjang 1.35 meter (m) pada saluran paip tidak dapat dipasang dengan baik.

"Operasi terpaksa ditangguhkan dan sebuah kren berat dibawa masuk untuk mengangkat pengapit yang tidak sesuai untuk pengubahsuaian di tapak.

"Ini adalah penyelesaian kejuruteraan terpantas dengan risiko paling kelewatan paling rendah, manakala pasukan penyelam komersial dijadualkan mengunci pengapit yang diubah suai pada tempatnya pada saluran paip yang rosak hari ini," katanya.

Justeru, beliau memberi jaminan pemulihan bekalan air peringkat kedua dijangka dilaksanakan mulai 6.01 pagi esok.

Pada peringkat kedua, PBAPP menyasarkan perkhidmatan bekalan air normal untuk 495,065 pengguna air (85 peratus daripada 590,000 pengguna air terjejas) di Seberang Prai dan Pulau Pinang.

"Kejayaan peringkat dua seperti yang dijadualkan, bergantung kepada keadaan bahagian paip bawah air Sungai Prai yang rosak.

"Terdapat dua saluran paip berdiameter 1.35m yang menyalurkan air dari Loji Rawatan Air Sungai Dua kepada tiga set saluran paip dasar laut berkembar yang merentasi laut ke Pulau Pinang.

"Bahagian yang rosak di Sungai Prai adalah bahagian satu daripada saluran paip berdiameter 1.35m. Kedua-dua saluran paip perlu berfungsi dengan baik untuk PBAPP mengepam air secukupnya ke Pulau Pinang.

"Oleh itu, PBAPP sedang berusaha keras untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan kecemasan Sungai Prai hari ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046111 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list