CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24319|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mana Muhamad Aqil Qusyairi?

[Copy link]
Post time 11-1-2024 12:30 AM | Show all posts |Read mode
Mana Muhamad Aqil Qusyairi?


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Muhamad Aqil Qusyairi Mohd Asri. FOTO IHSAN NURUL ATIKAH




Bayan Lepas: Seorang ibu di Teluk Kumbar di sini, merayu supaya anaknya berusia lapan tahun dibawa pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Wanita terbabit, Nurul Atikah Ahmad Azizan, 33, berkata anaknya Muhamad Aqil Qusyairi Mohd Asri, tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu selepas dibawa keluar oleh adik lelakinya tanpa pengetahuan.

Wanita terbabit mendakwa pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa berikutan adik lelakinya yang berusia 29 tahun itu pernah membawa Muhamad Aqil Qusyairi keluar bersiar-siar sebelum ini.

"Adik saya kemudian mengirim pesanan menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu bahawa Muhamad Aqil Qusyairi ada bersamanya dan akan pulang pada Sabtu. Mereka dipercayai ke rumah tunang adik di Beruas, Perak.

"Sejak itu, sudah berkali-kali saya hubungi adik namun dia hanya baca pesanan di WhatsApp tanpa membalasnya menyebabkan fikiran saya bertambah runsing," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Susulan itu satu laporan dibuat Nurul Atikah di Balai Polis Teluk Kumbar, di sini, semalam berhubung kehilangan anaknya.

Katanya, Muhamad Aqil Qusyairi mempunyai kakak kembar dan tidak mengikut adiknya pada hari kejadian.

"Pihak sekolah juga sudah dimaklumkan mengenai kehilangan Muhamad Aqil Qusyairi dan kami sekeluarga sudah mencari anak kedua saya itu di sekitar Pulau Pinang.

"Sudah beberapa hari saya tidak dapat tidur kerana bimbang keselamatannya jadi saya bercadang mahu ke Perak esok bagi mencari Muhamad Aqil Qusyairi.

"Sebagai ibu sudah tentu teramat rindu dan perasaan bimbang itu mengatasi segalanya. Semoga dia pulang dalam keadaan selamat," katanya lagi.

Sehubungan itu Nurul Atikah merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhamad Aqil Qusyairi supaya menghubunginya di talian 016-743 8590.



Disiarkan pada: Januari 11, 2024 @ 12:08am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list