CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23656|Reply: 24

[Tempatan] Asbab dividen ASB, kedai emas meriah semula

[Copy link]
Post time 10-1-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 11-1-2024 02:49 AM

KOTA BHARU: Rakyat negeri ini mengambil kesempatan pengagihan dividen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang disifatkan tertinggi dalam sejarah dengan membeli emas sebagai aset.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan premis kedai emas dipenuhi oleh orang ramai yang mengambil kesempatan berbuat demikian walaupun harganya sekitar RM289 untuk satu gram.

Bercakap kepada Utusan Malaysia seorang pelanggan Zakiah Abdullah, 45, berkata, walaupun harga emas agak tinggi ketika ini namun dia tidak menyesal menggunakan dividen ASNB berbuat demikian.

“Bagi saya ini adalah satu daripada pelaburan jangka panjang yang sangat baik dan berbaloi. Jika terdesak, saya boleh jual semula untuk mendapatkan wang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan MZ Gold Sdn. Bhd, Murtadhatumizi Mustapha mengakui kebanyakan pelanggan memberitahu mereka menggunakan dividen ASNB untuk membeli emas.

Katanya, pelanggan menjadikan rantai tangan, rantai, gelang dan cincin sebagai pilihan utama.

“Melihat kepada situasi semasa, saya jangka harga emas akan terus naik selepas ini. Jadi inilah masa terbaik untuk membuat pembelian emas bagi dijadikan sebagai aset,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerja Kedai Emas Noris di Pasar Siti Khadijah, Nor Syazwani Ismail, 39, berkata, jualan emas di premisnya tidak terjejas dan pelanggan sentiasa datang membeli barangan kemas meskipun ketika harga emas melonjak naik.

“Secara puratanya, harga emas sentiasa naik dan harganya hanya turun tidak lebih dari RM10 segram, seperti semalam harga emas adalah RM291 segram dan hari ini turun kepada RM289.

“Walaupun harga emas naik atau turun, pelanggan sentiasa ada datang kerana kalau harga emas turun, ia hanya turun sedikit sahaja sebelum naik semula,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain pulok ghopa Ritrude zaman anak mami kan. Baru perasan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak bersusun emas kt badan bkn Kelantan la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal kan harga emas skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:17 AM | Show all posts
zakat jangan lupa yea
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:23 AM | Show all posts

aku dulu beria risau pasal zakat asb.
rupanya tak layak zakat hahahaha.
tak cukup pun nak dizakatkan.
mesti korang yg kna zakat asb ni ada beribu lemon kan n buat asb pakai duit sndiri bukan loan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2024 09:27 AM | Show all posts
duri_durians replied at 11-1-2024 09:23 AM
aku dulu beria risau pasal zakat asb.
rupanya tak layak zakat hahahaha.
tak cukup pun nak dizakatk ...

loan bukan hak milik kita lagi, so tak cukup syarat utk bayar zakat
kalo dah melepasi nisab yg sepatutnya dan duit tu memang fully milik kita, wajib lah kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:27 AM | Show all posts
Emas mahal la skrg, nak beli tapi pikir banyak kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 09:29 AM | Show all posts
honam replied at 11-1-2024 09:27 AM
loan bukan hak milik kita lagi, so tak cukup syarat utk bayar zakat
kalo dah melepasi nisab yg sep ...

itu lah masa tu taktahu apa2.
ingatkan kalau ada asb mmg kna bayar zakat.
setelah diselidik baru lah tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukan peminat emas. Ada rantai emas yg halus pun pakai time hari raya 1 & 2 je. Paling lama pakai seminggu pas tu simpan balik almari
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:35 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 11-1-2024 09:27 AM
Emas mahal la skrg, nak beli tapi pikir banyak kali

itu laaaaaaa  ... tah bile dapat beli..asyik kumpui duit, harga naik le pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:41 AM | Show all posts
hidet replied at 11-1-2024 01:35 AM
itu laaaaaaa  ...  tah bile dapat beli..asyik kumpui duit, harga naik le pulak

Tengah tunggu harga turun sikit baru nak beli.. cincin pun harga sampai 700-1k



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:51 AM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 11-1-2024 09:31 AM
Aku bukan peminat emas. Ada rantai emas yg halus pun pakai time hari raya 1 & 2 je. Paling lama paka ...

samalah kita, cukup ada set serba satu utk raya..yg utk basahan pun jarang2 pakai..yg lain simpan rumah mak, biar lah mak nak pkai..pakailah...
cuma kadang takut tengok anak2 kecik bila raya meriah dengan barang kemas, risau keselamatan..

bagus dia org beli utk jangka masa panjang..sesak boleh gadai/ jual
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:51 AM | Show all posts
duri_durians replied at 11-1-2024 09:29 AM
itu lah masa tu taktahu apa2.
ingatkan kalau ada asb mmg kna bayar zakat.
setelah diselidik baru l ...

Bayar zakat dari hasil riba ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 11-1-2024 09:23 AM
aku dulu beria risau pasal zakat asb.
rupanya tak layak zakat hahahaha.
tak cukup pun nak dizakatk ...

iols ada asbf separuh, duit sendiri separuh..so duit sendiri tu kena bayar zakat sebab dikira harta..bayar je la kan, kalau simpan bawah bantal tak beranak jugak duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sia2 berator
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Th dah zakat siap2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hidet replied at 11-1-2024 09:35 AM
itu laaaaaaa  ...  tah bile dapat beli..asyik kumpui duit, harga naik le pulak

iols pun join sekaki membeli jugak sbb dah lama dok aimed dari bulan 11 merenyeh dgn husband dia ckp tak cantik. meluat laa
dpt dividen zass pergi beli tp mmg bedooh la hrga skrg kalau kira2 beli bulan 9/10 aritu mau beza 3/4 gram

***iols x suka sgt pakai brg kemas hrp dpt turunkan ke anak2 agak2 sesak mohon jual
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 03:34 PM | Show all posts
kalo setakat beli tak sampai sekilo ka setengah kilo tu tapayah la tunggu rega turun ke apa.. tak berapa significant sangat pun

upah tu tetap la sama je , tak kira rega naik ke turun

maka, beli je lah kut dah berkenan pun, janji hepi... nak raya tak lama lagi ni.. haaaa apa lagi.. jadi anak mami la angpa2 semuaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:14 PM | Show all posts
alahai mami jarum.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.140418 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list