CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11853|Reply: 0

[Jenayah] Peniaga mengaku tak bersalah menyamar jadi ketua pesuruhjaya SPRM

[Copy link]
Post time 10-1-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode


Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini terhadap dua pertuduhan menyamar, masing-masing sebagai ketua pesuruhjaya dan timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Jun lepas.

Aries Ryan Philip Among, 29, dituduh menipu seorang individu dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sehingga mendorong individu itu untuk memasukkan RM8,000 ke dalam sebuah akaun kononnya untuk sumbangan lembu korban, pada pukul 11.46 pagi 24 Jun tahun lepas.

Dia juga didakwa menipu individu sama dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sehingga mendorong mangsa memasukkan RM27,000 ke dalam sebuah akaun kononnya sebagai sumbangan untuk menghadiri konvokesyen anaknya di Sydney, Australia, dan RM14,300 ke dalam akaun lain sebagai pinjaman, pada pukul 11.22 pagi 30 Jun lepas.

Aries Ryan dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu melalui aplikasi Whatsapp di Banglow No 3, Perumahan Desa Aman, Jalan Kepayan di Kota Kinabalu dan berdepan tuduhan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia juga berdepan dengan dua pertuduhan alternatif menipu individu sama, dengan pertuduhan alternatif pertama memperdaya individu untuk memasukkan RM8,000 ke dalam sebuah akaun kononnya untuk sumbangan lembu korban, pada pukul 11.46 pagi 24 Jun lepas.

Bagi pertuduhan alternatif kedua Aries Ryan dituduh menipu individu sama dengan menyamar sebagai Azam sehingga mendorong mangsa memasukkan RM27,000 ke dalam sebuah akaun kononnya untuk sumbangan menghadiri konvokesyen anaknya di Sydney, Australia, dan RM14,300 ke dalam akaun lain sebagai pinjaman, pukul 11.22 pagi pada 30 Jun tahun lepas.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu melalui aplikasi Whatsapp di tempat sama dan berdepan tuduhan atas Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Jason Juga kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu sekali setiap dua bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Aries Ryan membayar deposit jaminan RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee dan tertuduh diwakili peguam Mohd Amirul Amin.

Hakim menetapkan 14 Feb ini untuk sebutan semula kes.

-Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.299203 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list