CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9963|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hormat keputusan mahkamah isu status agama anak Siew Hong

[Copy link]
Post time 10-1-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR


GEORGE TOWN: Semua pihak mesti menerima dan menghormati keputusan mahkamah berhubung status agama Islam tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ini kerana menurut hukum Islam, sesiapapun tidak dibenarkan memaksa seseorang untuk menganut agama Islam.

“Semua orang perlu tahu ini adalah isu keyakinan yang berdasarkan kebebasan memilih mana-mana agama yang ingin dianuti.

“Anak-anak Siew Hong kini telah sampai ke tahap usia matang yang membolehkan mereka membuat pilihan tentang agama mana yang mereka ingin anuti.

“Cuma mereka hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat pilihan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan status quo agama Islam tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar secara sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan wanita terbabit terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan kerajaan Perlis sebagai responden pertama hingga keempat.

Menurut permohonan itu, wanita berkenaan antara lain memohon supaya anak-anaknya iaitu pasangan kembar perempuan berusia 16 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun diisytiharkan sebagai penganut agama Hindu dan akuan memeluk agama Islam semua kanak-kanak itu bertarikh 7 Julai 2020 dibatalkan.

Menurut Wan Salim, tawaran pihak MAIPs untuk memberi bantuan kewangan kepada anak-anak wanita itu dan menyediakan pendidikan Islam untuk mereka merupakan satu hasrat yang mulia.

“Namun, ini juga terserah kepada Siew Hong dan anak-anaknya sama ada mahu menerima tawaran ini atau menolaknya,” katanya.

Tambah beliau, sebagai pihak berkuasa agama Islam MAIPs pastinya ingin melaksanakan tanggungjawabnya untuk memelihara akidah dan kebajikan kanak-kanak berkenaan sekiranya mereka masih mahu menjadi orang Islam.

“Tetapi jika mereka sendiri memilih agama lain, maka mereka tidak boleh dipaksa untuk menerima tawaran tersebut.

“Semoga semua pihak dapat menghayati semangat toleransi beragama yang selama ini menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia yang amat membantu ke arah mengekalkan kestabilan hidup pelbagai kaum di negara ini,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ama-anak-siew-hong/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058854 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list