CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3347|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ sita 20 motosikal ditunggang warga asing

[Copy link]
Post time 10-1-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan - BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 20 motosikal yang ditunggang warga asing dalam Ops Khas Motosikal dan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di persimpangan Jalan Bayu Mutiara, Bukit Minyak di sini, semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Shahrul Azhar Mat Dali, berkata antara kesalahan yang dikesan dalam dua operasi itu ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh serta tiada insurans selain kesalahan teknikal lain antaranya tiada cermin sisi dan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran.

Beliau berkata semakan mendapati 14 daripada 20 motosikal yang disita adalah milik warga tempatan, yang memberi kebenaran kepada warga asing untuk menunggangnya.

"Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan semua motosikal itu dibawa ke JPJ untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.



Sehubungan itu Shahrul menasihati pemilik motosikal supaya mematuhi peraturan, dan tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada kepada orang lain terutama warga asing untuk membawa kenderaan mereka kerana ia hanya akan mengundang lebih banyak masalah terutama jika berlaku kemalangan.

"Kita tidak akan berkompromi dan sekiranya dapat kesan ada warga asing bawa motosikal atau kenderaan lain di atas jalan raya dan tidak patuh kepada peraturan, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.

Katanya 26 anggota penguat kuasa menyertai operasi dua hari itu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... unggang-warga-asing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.519093 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list