View: 17112|Reply: 69
|
Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Minta Bantuan
[Copy link]
|
|
Terkejut mendengar perkhabaran bekas suaminya iaitu Aman Graseka kini berdepan kesempitan hidup, penyanyi Mas Idayu berkata aktor itu sepatutnya menghubungi anak mereka jika benar-benar memerlukan bantuan.
Baharu mengetahui mengenai berita itu, Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, berkata anak tunggal mereka iaitu Nur Dayini Asyiqah, 26, sudah berkerja dan tidak salah jika Aman meminta tolong daripada anak yang merupakan zuriatnya sendiri.
Foto: mStar
"Saya pun terkejut dan baru tahu tentang berita Aman meminta bantuan daripada orang ramai. Sejujurnya saya tak tahu pun kisahnya.
"Kalau dia nak minta tolong, kenapa dia tidak cari anak dia? Anak kami sudah bekerja tapi sebab dia yang putuskan hubungan, dia yang malu sendiri.
"Dia juga boleh minta tolong dengan keluarga, adik-beradik dia... Kalau betullah dia susah," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Mas Idayu memberitahu sebelum ini Dayini sukar untuk menghubungi Aman kerana telefon bimbit pelakon itu dikawal oleh isterinya iaitu Nurul Amrina.
Bukan itu sahaja, nombor telefon dan semua akaun media sosial anaknya juga turut disekat.
"Nombor telefon Aman saya ada tetapi anak dia sendiri tidak dapat menghubunginya, kena block! Tapi kami tidak yakin yang menyekat nombor telefon itu adalah Aman.
"Sebelum dia kahwin (kali kedua) dia masih bawa anak keluar bersama dengan perempuan (isteri Aman) itu, tetapi lepas kahwin dia terus putuskan hubungan dengan anak macam itu saja... Saya tahu dia sayang anak dia. Dia ada seorang sahaja anak perempuan," ujarnya.
Sementara itu, Mas berkata sepanjang mengenali Aman, bekas suaminya itu bukanlah seorang individu yang suka meminta-minta.
"Aman yang saya kenal dia tidak peduli dengan media sosial, Facebook ke Instagram ke! Dia ni tak tahu apa-apa.
"Tapi kalau tanya pada saya, saya kenal Aman itu bukan seorang yang meminta-minta. Saya tak yakin Aman Graseka meminta-minta, saya kenal dia.
"Kalau dulu anak dia telefon pun isterinya yang angkat, bermakna siapa yang kawal telefon bimbit dia?" soalnya.
Bersimpati jika berita kesempitan hidup itu benar, Mas meminta Aman muhasabah diri dan mengenang kembali kesilapan yang pernah dilakukan dahulu.
Malah, dia tutut mendoakan agar bekas suaminya itu dikurniakan kehidupan lebih baik di dunia dan juga akhirat.
"Saya cuma berbalik kepada hukum agama. Kalau nak hidup senang, selain daripada memuliakan isteri tak kisahlah pada perkahwinan pertama atau kedua, dia kena bertanggungjawab tentang nafkah anak.
"Kalau dia benar-benar dalam kesusahan, saya minta dia kenang balik apa yang sudah kita buat dulu.
"Saya tidak mahu ungkit kisah lama tetapi saya doakan semoga dia selamat dunia akhirat dan saya juga selalu suruh anak saya doakan yang terbaik buat ayahnya," kata Mas Idayu.
Sebelum ini, penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram berhubung Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, meminta bantuan untuk keperluan keluarga dan anak-anaknya.
Aman ketika bercakap kepada mStar bagaimanapun memberitahu dia sibuk menguruskan perniagaan dan berita itu tidak benar.
Untuk rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dayini Asyiqa.
Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan iaitu Nurul Amrina pada 2018.
Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aishymir Mateen, 5, dan Aishyraf Mikail Shah yang kini berusia 3 tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Malunya aman graseka. Bini si aman ni betol memalukan laki.
Laki ko tu ada maruah la. Ko memalukan dia dgn meminta2 seolah dia takde kudrat utk bekerja.
Pegi jahanam dgn cemburu buta ko tu. Bodo pnye bini |
|
|
|
|
|
|
|
Baiknya statement mami |
|
|
|
|
|
|
|
cemburu sbb laki dia hot sgt kottt... insecure ler tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 10-1-2024 01:12 PM
Bab ni mulut laser mulut cakap direct with facts Aku setuju dgn Mas Idayu.. ikhlas mendoakan yg baik2 bukan setakat mintak mendoakan cara menganjing tunjuk bagus. Takde perlu, diam2 tak yah nak kritiks, tak perlu mengutuk mengata menjejeh sumpah seranah nak nak depan rezeki tengah makan tiap kali live dalam social media.. unlike si Anju Betina Puaka!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 10-1-2024 01:01 PM
Berbeza si AG sebelum kahwin dgn betina ni dan sesudah kawin...
Time menduda nampak berisi jugak.. ni dah remarried.. Makin kurusss keringggg haggard!
Dah baya tok2 padahal muda lagi dari Tok King Tiktok, Tok Megah Holdings, Tok Ram!
Baik check is AG ni ntah2... Something not right!
Melodi APA lagi tunggu... korang gi lah terjah jauh2 ke Kedah!
|
|
|
|
|
|
|
|
Betina tu sblm kawin dgn aman janda anak 2 ke?
sapa tau? |
|
|
|
|
|
|
|
betol la cakap mantan bini
kalau betul2 susah, keluarga dia/bini kan ada
apesal smp nak kena meminta dgn org luar
adakah seluruh keturunan org susah?
ape sbb dia cerai dgn acik ni ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols caya je cakap mami ni, betul la dia cakap minta je kt anak dari meminta2 kt seluruh alam. Pelik tol bini baru ulu banat aman ni, mana la dia jumpa perempuan ni. Dengan anak aman sendiri pun insecure, apatah lagi org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Elok je komen ex. Padu dgn example sekali bila bini baru angkat telpon anak kol. Sekarang dah terang yg bini baru kontrol hp AG nie. Tak leh salahkan nek elly atau kak rara.
Diharap reporter jejak AG mintak ulasan. |
|
|
|
|
|
|
|
direct to the point mami kata tu.....muhasabah yaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
teruk naw kalau sampai gini
kenot brain la dgn org mcm ni.. ko sekat kerja laki ko dh kenapa? jeles? haiyoooooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
Mami ni perangai dia yg aku suka
Mmg tak pernah burukkan AG.
Dia sentiasa cakap AG ni org baik. |
|
|
|
|
|
|
|
mami jangan bukak ruang kat betina tu utk minta duit kat anak..
nanti dia akan ambik kesempatan pulak..
setiap bulan mintak dah macam nafkah wajib..
padahal apak dia dgn betina tu yg kalut buat anak, pandai2 la bela..
mami bela anak dulu sorang2 sampai jadi manusia elok je takde bising 1 alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 10-1-2024 01:09 PM
teruk naw kalau sampai gini
kenot brain la dgn org mcm ni.. ko sekat kerja laki ko dh kenapa? je ...
Kadang pasal perangai Queen Control tu yg bini nak tunjuk terer.
Sekat dari hubungi anak pasal jeles & takut laki lebih sayangkan anak mami nie lagik pun dia kan ada 2 anak dari previous marriage,jadi nak laki perhatian pada famili dia je.
Nasib ko lah pilih pompuan perangai gini. |
|
|
|
|
|
|
|
tetap takleh brain.. luar kotak wehh dia punya queen control tuuu
yg sakit, diri sendiri dan keluarga jgk nnti
AG pun, takkan berdiam diri jeee..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya siap cakap kalau xda duit mintak kat anak kan ada ....jarang2 dgr org suggest ank sndri |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus mami ni... Mana bnda yg betul ikut hukum Islam dia buat, contoh anak kena buat baik & doakan ayah dia. takde dia hasut anak tu benci ayah sendiri seburuk mana ayah tu pun. Bravo mami.. biarlah mulut laser, tp x sewenang² nk mnonggang title mak terpaling mcm so royani tu. Wp AG x sempurna, dia ttp x pisahkan anak dr bapaknya |
|
|
|
|
|
|
|
abadi84 replied at 10-1-2024 01:17 PM
Mami ni perangai dia yg aku suka
Mmg tak pernah burukkan AG.
Dia sentiasa cakap AG ni org baik.
Tp mmg mami x pnah burukkn ex dr dulu pon kan. X pnah ada isu dr awal dia cerai. Muncul isu gaduh pon lepas aman kawin lg. Gaduh pon pasal anak dia rindu kt bapaknya.
Rasanya mmg bini baru yg mintak tanpa pengetahuan aman. Sbb lpas dpt duit, dia terus delete mesej. Jadinya aman x tau pape |
|
|
|
|
|
|
|
Minta dgn anak malu.. Minta dgn rakan artis x malu. Lagi la terang2 diwar2kan ko meminta2 mcm tu. Klu dgn anak, at least dia bgth mak dia je ko minta duit. Bini pun la.. Xpyh la nk putuskan silaturrahim bapak-anak tu. Ape mende lahhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|