CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6895|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tong air kitar semula tak selamat, ancam kesihatan

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode

Tong plastik berwarna biru tidak sesuai digunakan untuk simpanan air minuman lebih-lebih lagi bagi mereka yang berniaga. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Penggunaan tong air berwarna biru atau tong drum kitar semula oleh penduduk ketika berdepan gangguan bekalan air dikhuatiri boleh mengancam kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai alahan.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim berkata, tong industri itu tidak selamat digunakan sebagai bekas simpanan air untuk penyediaan makanan atau minuman.

Menurutnya, ini kerana masih terdapat penyerapan sisa bahan kimia pada bekas itu meskipun ia sudah dibersihkan sebelum dijual kepada pengguna.

“Air yang disimpan dalam tong ini tidak selamat digunakan, le­bih-lebih lagi untuk diminum atau dimasak ketika gangguan bekalan air selama empat hari (bermula hari ini).

“Umum tidak tahu apakah bahan yang diisi di dalamnya sebelum ini. Tong plastik ini bukan gred yang disyorkan untuk simpanan air minuman dan tidak sesuai digunakan untuk peniaga makanan atau minuman.

“CAP bimbang sekiranya trend penggunaannya berleluasa dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan pengguna terutama masalah alahan kulit dan sebagainya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Hatijah memberitahu, dalam keadaan ‘darurat’, seeloknya air yang disimpan dalam tong isian 170 dan 200 liter itu digunakan sama ada untuk membersihkan diri, bukannya diminum.

Dalam pada itu, CAP turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri memantau penjualan tong biru yang didakwa dijual pada harga yang tidak masuk akal.

“Sebelum ini, tong tanpa penutup dijual RM60 hingga RM65 (isian 200 liter), namun minggu ini harganya naik dua kali ganda iaitu RM120 sebiji.

“Tong isian 170 liter pula dijual RM170 sebiji berbanding RM70 hingga RM88 pada Disember lalu. Peningkatan harga itu turut dikesan berlaku di premis barangan plastik di negeri ini.

Peniaga mula ambil kesempatan kerana terdapat permintaan tinggi,” ujarnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan kira-kira 590,000 pengguna di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula hari ini.

Ini berikutan Perbada­nan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air Sungai Dua.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... at-ancam-kesihatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058692 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list