CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20703|Reply: 1

[Pulau Pinang] Steven Sim bantu ganti bumbung baharu rumah penduduk

  [Copy link]
Post time 8-1-2024 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Steven Sim bantu ganti bumbung baharu rumah penduduk


Oleh Mahani Ishak - Januari 8, 2024 @ 8:59pm  mahani@bh.com.my




Steven yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, meninjau Bukit Teh, Bukit Mertajam, bagi melihat kerja penggantian bumbung yang sudah selesai. Foto X Steven Sim.




KUALA LUMPUR: Bakti dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak dilupakan walaupun Steven Sim Chee Keong memikul amanah lebih besar sebagai Menteri Sumber Manusia dan tentunya lebih sibuk daripada kebiasaan.

Semua itu tidak pernah melunturkan semangat serta jolokan netizen terhadapnya yang menggelarnya duta kebajikan kerana ada saja usahanya membantu penduduk kesusahan.

Kali ini, Steven yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, meninjau Bukit Teh, Bukit Mertajam, bagi melihat kerja penggantian bumbung yang sudah selesai.

"Cerita hari itu. Saya pi (pergi) bantu baiki atap rumah orang kampung. Saya jenguk rumah abang Sahuri dekat Bukit Teh, Bukit Mertajam.



"Saya bantu tukar bumbung rumah yang dimuat naik di platform sosial X, hari ini," katanya.

Video 54 saat menunjukkan beliau meninjau penggantian bumbung rumah berkenaan.

Lebih menggembirakan kerja pembaikan itu membolehkan penghuni memiliki para dapur kerana terdapat lebihan simen oleh kontraktor.

Menurut penjelasan Sahuri, iaitu lelaki dalam video itu, bukan saja bumbung baharu dipasang tetapi kontraktor turut menyiapkan para dapur daripada binaan simen.

"Ada lebihan simen, mereka buat para dapur yang sebelum ini runtuh dan kemudian pasang bumbung dan awning (sengkuap hias) baharu," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2024 10:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.212831 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list