CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8804|Reply: 0

[Perak] Gajah liar rosakkan rumah penduduk

[Copy link]
Post time 8-1-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode

YUSOF Alang menunjukkan rumah yang dirosakkan sekawanan gajah di Kampung Orang Asli Talang, Pos Perwor di Sungai Siput semalam. - UTUSAN



SUNGAI SIPUT: Sebuah keluarga di Kampung Orang Asli Talang, Pos Perwor dekat sini berdepan detik cemas apabila kediaman mereka ‘diserang’ sekawanan gajah liar, kelmarin.

Rohana Uda, 45, berkata, kejadian sekitar pukul 8 malam itu berlaku ketika dia bersama enam anak serta dua menantu sedang berehat sebelum dikejutkan bunyi bising dari arah hutan belakang rumahnya.

Katanya, bimbang dengan keselamatan diri, mereka sekeluarga segera berlari keluar dari rumah walaupun keadaan ketika itu hujan lebat dan gelap.

“Saya percaya ada lebih daripada seekor gajah cuma tidak pasti jumlahnya kerana keadaan sangat gelap. Kami tidak berani tunggu dan menumpang tidur di rumah saudara.

“Bila pulang ke rumah pagi ini (semalam), saya terkejut melihat bahagian dapur runtuh manakala dinding di sekeliling rumah pula terkopak,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

Menurut Rohana yang juga ibu tunggal, selain kediamannya yang telah dihuni sejak 40 tahun lalu itu, sebuah rumah yang terletak bersebelahan dan tandas turut rosak angkara mamalia berkenaan.

Malah katanya, beberapa batang pokok kelapa dan pisang juga dimusnahkan haiwan itu.

“Keadaan rumah ini tidak selamat lagi untuk kami sekeluarga. Kami bimbang ia akan runtuh, tambahan lagi mungkin haiwan itu akan datang semula ke sini,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin, Yusof Alang, 66, berkata, dia bimbang keselamatan penduduk ekoran kehadiran mamalia itu yang semakin kerap dilihat sejak belakangan ini.

Katanya, selain gajah, kemunculan harimau belang juga menimbulkan kerisauan penduduk.

“Saya minta kerjasama pihak berkaitan untuk pantau kampung Orang Asli, kita tidak mahu ada perkara tidak diingini berlaku.

“Sekarang, kehadiran hidupan liar di kawasan penduduk makin menjadi-jadi. Aduan telah dibuat kepada wakil rakyat, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk diambil tindakan,” katanya.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan tindakan awal diambil dengan menghalau kawanan gajah itu ke habitat asal.

“Sekarang, kita ada tangkap tiga ekor gajah masing-masing dua ekor di Chepor dan seekor lagi di Pos Legap.

“Selesai operasi memindahan gajah itu, baru kita ambil tindakan sesuai termasuk menangkap kawanan gajah berkenaan,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... kan-rumah-penduduk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.758514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list