CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8640|Reply: 0

Syria beri petunjuk kekuatan Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 8-1-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Syria di Qatar University, Doha, Qatar, malam tadi. - Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Aksi pemanas badan menentang Syria boleh menjadi ujian penting buat skuad Harimau Malaya sebelum turun 'berperang' pada Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya, kurang dua minggu lagi.

Menentang pasukan di ranking ke-91 dunia itu memberi peluang terbaik untuk skuad kebangsaan menguji kemampuan mereka menentang pasukan dari Asia Barat memandangkan Harimau Malaya akan bertemu dua pasukan dari zon sama dalam Kumpulan E nanti.

Aksi malam ini mungkin memberi sedikit petanda kepada anak buah Kim Pan Gon mengenai kemampuan sebenar mereka dan adakah mereka sudah cukup bersedia mengharungi temasya terbesar di benua Asia itu.

Skuad negara sebelum ini mengejutkan Syria pada aksi persahabatan di Chengdu, September lalu apabila bangkit menyamakan kedudukan 2-2 selepas ketinggalan 0-2.



Meskipun Syria berada pada ranking agak jauh berbanding Jordan (87) dan Bahrain (86) namun setidak-tidaknya pasukan ini dapat memberi gambaran awal terhadap apa yang boleh dijangka dan menunggu pemain kebangsaan pada aksi peringkat kumpulan nanti.

Ini kerana dua negara 'Pak Arab' itu menjadi pasukan yang seharusnya disasarkan untuk mengutip mata oleh skuad kebangsaan, apatah lagi mengambil kira mereka menjadi dua lawan pertama mereka di Qatar.

Malaysia mungkin berada lebih 50 anak tangga di belakang Jordan dan Bahrain namun sasaran lebih realistik untuk memungut mata daripada dua pasukan ini berbanding ketika berdepan pasukan nombor tiga Asia, Korea Selatan pada aksi terakhir.

Justeru, aksi persahabatan secara tertutup ini sangat mustahak buat Pan Gon dan juga barisan pemain memandangkan ini sahaja medan untuk mereka membuat 'eksperimen' sekiranya diperlukan sebelum mengharungi aksi sebenar nanti.

Positifnya, aksi ini berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan tiada mata ranking yang 'didagangkan', justeru keputusan perlawanan tidak memberi kesan kepada kedudukan ranking negara.

Berkemungkinan muka baharu yang dipanggil kali ini seperti Natxo Insa, Syamer Kutty dan 'Harimau Import' baharu, Romel Morales bakal diturunkan untuk mendapatkan minit perlawanan antarabangsa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... atan-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054996 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list