CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29526|Reply: 0

[Perak] Bayi dibuang di hadapan pusat tahfiz

[Copy link]
Post time 7-1-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Selama: Bayi perempuan masih bertali pusat dan uri ditemukan di sebuah Pusat Pengajian Islam As Salam, Rantau Panjang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Selama Superintendan Sarudin Samah berkata, sekitar 5.30 pagi, jemaah tahfiz yang mahu menunaikan solat subuh menemukan kotak mencurigakan di hadapan pintu pagar pusat tahfiz berkenaan.

Menurutnya, sebaik diperiksa, mereka menemukan bayi perempuan masih hidup di dalam kotak berkenaan.

"Polis percaya bayi berkenaan ditinggalkan di kawasan berkenaan dalam tempoh kurang tiga jam.



"Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil serta masih dalam rawatan," katanya dihubungi, hari ini.

Beliau berkata. pihaknya kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

"Pemeriksaan melalui rakan kamera litar tertutup pusat tahfiz itu tidak menemukan pelakunya, malah membuat pemeriksaan di klinik swasta juga tidak menemukan sebarang petunjuk.

"Polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu polis dan boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adapan-pusat-tahfiz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054459 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list