CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6398|Reply: 0

[Perak] Pecah rumah di Taiping, ditahan di KL

[Copy link]
Post time 7-1-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah pecah rumah di kediaman di Taman Bukit Mas, Taiping dan melarikan diri dengan kereta jenis Honda City berwarna merah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menahan dua suspek terbabit, masing-masing berusia 37 dan 47 tahun di kediaman di Cheras, Kuala Lumpur, pada 11 pagi, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang merupakan rakan mempunyai rekod jenayah lampau dan didapati mula aktif dalam kegiatan jenayah sejak tahun 2017, manakala seorang lagi suspek sedang dikesan.

"Ekoran penangkapan tersebut, pihak polis turut membuat rampasan sebuah kereta Honda City warna merah, beberapa peralatan pecah rumah, telefon bimbit dan beg tangan wanita serta mata wang asing.



Permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat ke atas mereka di Mahkamah Majistret Taiping pada keesokan hari," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang mengesan dua lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Mas pada 2 Januari lalu.

Kelibat dua suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda City berwarna merah itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan sebelum tular di laman media sosial, tiga hari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iping-ditahan-di-kl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062757 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list