View: 18040|Reply: 63
|
Tok Ram Diserang Vertigo Di Singapura, Datin Alyah Minta Peminat Doakan Kesihatan Suaminya
[Copy link]
|
|
Pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS dilaporkan telah diserang vertigo ketika dalam perjalanan ke negara kelahirannya, Singapura baru-baru ini.
Maklumat berkenaan kesihatan individu yang mesra dipanggil Tok Ram ini dikongsikan oleh isterinya, Datin Alyah pada hari ini.
Menerusi hantaran Instagram (@alyah81), penyanyi wanita itu telah menceritakan keadaan suaminya ketika berada di Singapura.
Penyanyi tersebut memaklumkan bahawa Tok Ram pada awalnya mengadu bahawa kepalanya mula berasa pening ketika berada di perhentian bas Larkin, Johor Bahru, Johor.
Difahamkan, bekas Pengetua Akademi Fantasia musim kedua itu merancang untuk pulang ke Singapura atas beberapa urusan.
Antaranya untuk melawat ibunya yang masih menetap di Singapura serta menyambut ulang tahun kelahiran Datin Alyah.
Namun, ketika berada di Tuas Check Point, kereta milik Alyah tidak dibenarkan masuk kerana perlu memperbaharui permit kenderaan untuk tahun 2024.
Oleh sebab itu, mereka perlu berpatah balik ke Larkin untuk memperbaharui permit kenderaan untuk tahun tersebut.
“Setibanya di perhentian bas Larkin, Tok Ram diserang vertigo dan mengadu kepala sudah berpusing (pening),” tulisnya dalam Instagram.
Sebaik sahaja memasuki sempadan Singapura, Tok Ram meminta untuk dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
“Selepas melepasi Woodland Check Point, Tok Ram minta hantar ke hospital dan lakukan pemeriksaan dari pukul 3 pagi hingga 6 pagi.
“Keesokannya, saya dan Tok Ram ke Pusat Perubatan Mounth Elizabeth untuk pemeriksaan lebih lanjut mengenai masalah vertigonya yang semakin kerap menyerang.
Dalam hantaran tersebut, Tok Ram juga dilihat duduk di atas kerusi roda ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.
Susulan itu, Datin Alyah memohon maaf kerana tidak dapat menjawab semua panggilan dan membalas ucapan ketika hari lahirnya.
Katanya lagi, pada hari jadinya, beliau sedang sibuk mengurus dan menemani Tok Ram melakukan pemeriksaan kesihatan serta beberapa urusan lain.
Datin Alyah seterusnya turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan Tok Ram agar segera baik.
Pelantun suara Sesal Separuh Nyawa itu berkata, beliau menzahirkan rasa bersyukur kerana keadaan suaminya semakin pulih.
Bukan itu sahaja, beliau dapat melihat kegembiraan Tok Ram untuk kembali ke kampung halamannya dan berkumpul bersama keluarganya di Singapura.
Jelasnya, sejak bermulanya program Gegar Vaganza baru-baru ini, Tok Ram juga sudah lama tidak menziarah keluarganya di Singapura.
Sumber : alyah81/siakapkeli
|
|
|
|
|
|
|
|
Doa la sendiri
Aku tak suka dia ni
Mulut selalu lepas |
|
|
|
|
|
|
|
MT Elizabeth....dont play play...
Korang mampooo?
Huh
Kahkahkahkahkah
Get well tokram... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ke Mt Elizabeth kalo tak beransur pulih atau at least stabilise...boleh saman je pihak sepital yg sultan Brunei pun patron disitu...
Setakat vertigo.....pakar tutup mata je....manage
Gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kat larkin boleh je singgah g kpj kat situ. Hospital sg 3x ganda. Bukan kampung halaman, flat halaman daa.. semoga cepat sembuh tok ram, aliyah tepi sikit..
![](static/image/smiley/biggif/new_13.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak terkejut.memang dah ganyut |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 7-1-2024 10:49 AM
Dah kat larkin boleh je singgah g kpj kat situ. Hospital sg 3x ganda. Bukan kampung halaman, flat ha ...
Insurans tokram tersenyum melambai lihat pprt macam ko yg tak mampoo bayo premium health insurance.....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Kurangkan minum coffee and smoking Tok ram.... Dgr music kuat pun bleh vertigo.
Semoga sembuh sihat sediakala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Some vertigo ni sbb ada jangkitan virus kronik.
Pernah baca ia juga dikaitkan dgn cancer.
Boleh baik kjp tp nnti ia serang blk.
Pergilah check ctscan MRI ker otak tu..mesti jumpa sesuatu yg trigger vertigo tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa depa tak naik flight je gi S'pore. Driving dari KL-S'pore, jauh dn lama perjalanan woo. Mana lagi nak tempuh jem n imi check-point. Again, nak balik ke M'sia, dok hadap keadaan sesak yg sama. Dah tau awak tu ada penyakit, nak jln jauh naiklah pesawat. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya: Kenapa depa tak naik flight je ...
Mungkin dia nak singgah skali kampung alyah kat johor. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga sembuh tok ram.dlm projek bapak2 ada task dia tak boleh buat.cuti sakit pun ye |
|
|
|
|
|
|
|
Dolmat replied at 7-1-2024 03:37 AM
Kurangkan minum coffee and smoking Tok ram.... Dgr music kuat pun bleh vertigo.
Semoga sembuh sihat ...
Tokram tak minum KOPI yer nyah
Selalu minuman coklat dia order
Kena kurang smoking rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 7-1-2024 12:06 PM
Kenapa depa tak naik flight je gi S'pore. Driving dari KL-S'pore, jauh dn lama perjalanan woo. Man ...
Ada pernah tgk interview ,Alyah kata tok ram tak suka naik flight .Kalau ada pilihan boleh drive,dia prefer drive. |
|
|
|
|
|
|
|
Usia dah banyak, tidur lambat, merokok kuat, vertigo suka lerr |
|
|
|
|
|
|
|
sesetengah medical card kita cover singapore & brunei.. (even stay lebih 90 days)..dulu masa iols dapat buku polisi tu iols study yach... ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
btw maafkan iols ya tokram kerna menganjing tokram pasal G Force masa rancangan travel kat jepun dolu....
ada vertigo rupernyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
heshe dah 70an kan? atau berapa |
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak doa kak. Laki kau reti ke doakan orang awam/netizens kalau deols kalau susah, masalahnya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|