CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29859|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Luar biasa kasihnya pada kucing di Tanah Suci

[Copy link]
Post time 6-1-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

ARWAH seorang yang sangat suka dan sayangkan kucing.

Kuala Lumpur: "Orang hanya bercerita kisah arwah meninggal di sana, tetapi ramai tidak tahu kebaikan dilakukan semasa hayatnya," ujar mutawif Syed Nabil Athrash Syed Ahmad, 44, berhubung Allahyarhamah Nur Aisyah MD Akbar, 39, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tebing Taman Negeri Minnewaska New York, Amerika Syarikat.

Menurutnya, arwah seorang yang sangat suka dan sayangkan kucing.

"Arwah sering membawa beg dengan anggaran berat 30 hingga 40 kilogram (kg) yang dipenuhi dengan makanan kucing ketika pergi ke Tanah Suci.

"Sepanjang pengalaman saya selama 13 tahun menjadi seorang mutawif dan menyantuni beribu jemaah, arwah disifatkan lain daripada yang lain.



"Terkejutnya saya apabila setibanya di Tanah Suci, dia tunjukkan beg dipenuhi makanan kucing. Tiada barang lain di dalamnya. Hanya ada satu lagi beg kecil diletakkan pakaian dan kelengkapan lain. Bayangkan berpuluh (kilogram) makanan kucing, dan hanya 7 kg sahaja pakaian.

"Pernah juga ada jemaah sebelum ini membawa 1 hingga 2 kg makanan kucing. Namun arwah ini sangat berbeza," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kali terakhir dia membawa arwah dan suaminya menunaikan umrah pada April 2022.

Menurutnya, sepanjang di Makkah pasangan suami suami isteri itu pergi mencari kucing di lorong untuk diberikan makanan.

"Kebiasaannya arwah akan beri saya satu bungkus makanan kucing, suaminya sebungkus dan dia pegang satu bungkus. Apabila habis saja waktu solat di masjidil haram kami akan berjalan pergi ke lorong ceruk yang jauh ke dalam untuk mencari kucing dan memberinya makanan.

"Malah, dia dan suaminya mahir selok belok lorong yang banyak terdapat kucing disebabkan mereka sering ke Tanah Suci sebelum ini.

"Apa yang membuat saya lebih terkejut, semua kucing itu seolah-olah sudah mengenali mereka. Macam tahu saja mereka ini datang mahu beri makanan," katanya.

Menurutnya, poket pasangan suami isteri itu juga diisi dengan makanan kucing.

"Di Makkah atau Madinah memang banyak sangat kucing. Oleh itu pasangan terbabit akan berhenti untuk memberi makanan kepada kucing.

"Sekiranya dia nampak kucing itu sakit dia (Nur Aisyah) akan bawa kucing tu pergi ke hospital haiwan untuk rawatan walaupun kosnya mahal," katanya.

Menurutnya, dia menerima berita pemergian arwah di New York ketika berada di Makkah.

"Saya terkejut dan amat sedih dengan berita itu. Arwah adalah seorang yang amat baik dan kehilangannya amat dirasai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ucing-di-tanah-suci
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.585083 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list