CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13683|Reply: 0

[Kedah] Individu terbabit sudah terima hukuman

[Copy link]
Post time 3-1-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar rakaman video yang ditular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki bertindak menyerang anggota JPJ yang menahannya untuk melakukan pemeriksaan di kawasan Taman Tasik Darul Aman yang berlaku November lalu. FOTO Tular FB

Alor Setar: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan anggotanya diserang ketika mahu melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori yang dipandu seorang lelaki seperti yang ditular di laman sosial sejak semalam.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 24 saat itu, lori terbabit berhenti di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra sebelum seorang lelaki menyerang anggota JPJ sambil mengeluarkan kata-kata kesat selain melakukan provokasi.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, hasil siasatan mendapati rakaman video itu dipercayai berlaku di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra kira-kira 4.04 petang pada 22 November lalu.

Menurutnya, ketika kejadian, anggota JPJ sedang melakukan tugasan rondaan penguatkuasaan dan mengesan sebuah kenderaan mencurigakan.


"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan Perakuan Puspakom tamat tempoh.

"Lori itu kemudian diarahkan berhenti, namun pemandu enggan memberi kerjasama. Ketika ditahan, individu terbabit melakukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam melakukan tugas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, rentetan kejadian itu, satu laporan polis dibuat anggota JPJ terbabit sebelum seorang lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sebagai peniaga air tebu ditahan polis.

Menurutnya, lelaki itu sudah didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Jitra pada 27 November lalu.

"Individu terbabit sudah menjalani hukuman selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda RM4,000.

"Justeru, JPJ Kedah mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang video tanpa mengetahui kesahihannya terlebih dahulu," katanya.https://www.hmetro.com.my/mutakh ... udah-terima-hukuman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.069282 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list