[Tempatan]
Jangan stress ya teman-teman... Prinsip 'non-refoulement' melarang Malaysia menghantar pulang pelarian Rohingya ke negara asal - Pakar Undang-Undang Antarabangsa UIAM
Sukarkan hantar pulang pelarian Rohingya
Januari 3, 2024 @ 1:47pm
Kuala Lumpur: Malaysia mungkin tidak dapat menghantar pulang pelarian Rohingya ke negara asal buat masa sekarang berdasarkan prinsip 'non-refoulement' yang diterima meluas sebagai undang-undang antarabangsa.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata prinsip non-refoulement melarang sesuatu negara daripada menghantar pulang atau mengusir pelarian ke negara asal atau negara lain yang berpotensi menganiaya atau menyeksa mereka.
"Ada cadangan menghantar pelarian Rohingya pulang. Di bawah undang-undang antarabangsa, terdapat prinsip non-refoulement yang diterima secara meluas di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, melarang pengusiran pelarian ke negara di mana mereka mungkin menghadapi penganiayaan atau ancaman terhadap kehidupan mereka.
"Oleh itu, jika pelarian Rohingya akan mengalami bahaya serius apabila kembali ke Myanmar, Malaysia mungkin tidak dapat menghantar mereka pulang buat masa sekarang.
"Setiap kes hendaklah dinilai secara individu dengan mengambil kira keadaan khusus dan kewajipan undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau mengulas kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mendesak usaha untuk menghantar pulang warga Rohingya ke tanah air mereka perlu dilakukan bagi memastikan negara ini dalam keadaan selamat dan harmoni.
Pengerusi MCCF, Datuk Seri Halim Ishak dilaporkan berkata, ada perbezaan jelas antara kemanusiaan dan kedaulatan negara apabila membicarakan isu pelarian Rohingya yang semakin ramai di negara ini.
Pelarian Rohingya katanya sudah mewujudkan kartel pemerdagangan manusia dalam kalangan rakyat Malaysia dan etnik Rohingya itu sendiri yang sindiket sedemikian perlu dihapuskan segera sebelum menjadi lebih parah.
Malah pelarian Rohingya juga mencetuskan isu tidak berkesudahan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Mohd Yazid berkata masalah boleh dielakkan sekiranya kerajaan merujuk kepada pakar sebelum mengambil keputusan menerima pelarian Rohingya.
Katanya, sebelum membuat keputusan menerima pelarian, implikasi kepada rakyat tempatan mesti diambil kira termasuk dari sudut keselamatan, isu sosial dan ekonomi.
"Seterusnya, polisi yang jelas dan komprehensif perlu dibuat termasuklah memastikan jumlah pelarian yang mampu diambil, syarat penerimaan, isu penempatan, isu pekerjaan, tempoh tinggal, sentimen penduduk setempat dan lokasi penempatan.
"Kepentingan penduduk tempatan akan terabai apabila keputusan dibuat secara terburu-buru tanpa merujuk kepada pakar dan wakil penduduk setempat," katanya.
Beliau berkata, Malaysia boleh mengambil beberapa langkah untuk menangani cabaran yang ditimbulkan oleh kebanjiran pelarian Rohingya termasuk kerjasama antarabangsa, memperkukuh keselamatan sempadan serta mewujudkan sistem pendaftaran pelarian yang efisyen.
Post time 4-1-2024 05:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee replied at 3-1-2024 05:48 PM
nk kena buat buat mcm jiran kot
xyah terima langsung once dorg mendarat so that no need to send back ...
Tak terima apabila sampai kat kita dah kira melanggar prinsip non-refoulement. Kecuali dapat buktikan yang datang tu bukan refugee yang sah. Misalnya dia datang dari tempat yang tak bawa apa2 ancaman kepada keselamatannya dan dia datang hanya untuk cari kerja yang lebih elok. Tapi nak buktikan tu makan masa juga sebab nak kena tunggu pihak macam UNHCR proses dan siasat dan sahkan sama ada asylum seeker ni refugee yang sah atau bukan. Kalau bukan, boleh hantar balik sebab PATI. Kalau sah refugee, kita tak boleh hantar balik dan tunggu negara ketiga ambil mereka.
Post time 4-1-2024 05:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 4-1-2024 05:38 PM
allshares replied at 3-1-2024 11:22 PM
Kata kunci "mungkin" dan "undang2 antarabangsa". Malaysia tak sign pun convention refugee dgn PBB, s ...
Prinsip non-refoulement ni jatuh bawah kategori customary international law (CIL). Maksudnya undang2 ni mengikat semua negara tak kira sama ada negara tu dah ratify/accede to refugee convention tu ke tidak. Undang2 ni biasanya berkaitan hak asasi yang paling asas melibatkan hidup matinya manusia seperti genocide.
Sumber undang2 antarabangsa ada pelbagai. Dua daripadanya ialah treaty termasuk convention dan CIL. Banyak treaty yang incorporate CIL di dalamnya. Misalnya UNCLOS iaitu treaty undang2 laut memuatkan peruntukan tentang hak sesebuah negara ke atas 12 batu nautika pertama laut dari pesisir pantai sebagai laut wilayahnya. Tapi negara yang bukan ahli kepada UNCLOS ni pun berhak claim 12nm laut wilayah tu sebab ia adalah CIL.
Post time 3-1-2024 05:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mana ada perang lagi kat myanmar sana? Junta pun da suruh balik. Bangladesh (negara asal rohingya) pun ada sediakan penempatan. Mereka bukan pelarian lagi da.
Buat apa dihantar pulang ... bukankah mereka automatically dan pantas menjadi melayu ketika tiba di Malaysia ... Bukankah sesama saudara melayu harus saling tolong menolong dan melindungi satu dengan lainnya ....
Jangan lupa ... pengungsi rohingya yang saat kini masih ada di Acheh juga menginginkan status istimewa iru ... Oleh kerana itu kami pasti membantu mereka boleh berangkat ke Malaysia secepatnya ...
Bersama Rohingya ... Bangsa Melayu akan bertambah besar .... akan berjaya menjadi Tuan di tanahnya sendiri suatu ketika nanti ....
UNHCR pun X boleh membantu melakukan hal tu jika warga rohingya menolaknnya ... juga dapat dikategorikan sebagai pelanggar berat Hak Asasi Manusia PBB... Hehehehe