CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12357|Reply: 0

[Politik] Ahmad Zahid mengaku terima laporan risikan 'Langkah Dubai'

[Copy link]
Post time 3-1-2024 09:11 AM | Show all posts |Read mode


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata pihaknya telah menerima laporan perisikan berkaitan 'Langkah Dubai', dan menyifatkan gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu hanya membuang masa.

"Laporan memang ada. Laporan dari segi perisikan memang kami perolehi seawal penerbangan mereka (yang terlibat) ke tempat itu, dan laporan selepas itu kami peroleh, tapi pada hemat kami langkah itu hanya membuang masa," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di sini hari ini, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat mengenai individu yang terbabit dalam gerakan itu.

Ahmad Zahid berkata tumpuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi serta membantu rakyat, dan beliau menasihatkan individu yang berniat untuk menggulingkan kerajaan agar menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) untuk membentuk kerajaan baharu.

"Keutamaan adalah untuk bangunkan negara kita terutamanya dari segi pembangunan ekonomi, berikan kesejahteraan yang 'melata' kepada rakyat dan bukan soal politik. Tunggulah hingga PRU (pilihan raya umum) ke-16 kalau mereka berhajat untuk menukar kerajaan," tambahnya.

Sabtu lepas Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa 'Langkah Dubai' timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang, dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan, di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062998 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list