CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 28690|Reply: 41

[Tempatan] Shuib ceburi perniagaan baharu

[Copy link]
Post time 3-1-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-1-2024 06:57 PM



MESKIPUN terpalit dengan isu lewat membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya, pelawak Shuib terus meluaskan empayar perniagaan dengan membuka restoran House Of Patin di Jalan Kampung Hulu, Melaka.

Menurut pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, itu, restoran tersebut merupakan perniagaan bersama dua lagi rakan kongsi Max Koh dan Ahmad Daniar, yang merupakan pengasas House Of Patin-Restoran Lipis di Kuala Lumpur.

Katanya, perancangan dan perbincangan untuk membuka restoran berkenaan telah dilakukan sejak tahun lalu apabila Daniar meluahkan hasrat untuk menambah cawangan di negeri lain.

Saya sudah lama kenal Daniar, tekak pun dah lima tahun asyik makan patin tempoyak restorannya jadi memang sentiasa cari peluang untuk bekerjasama.

“Kedai ni memang kita bawa menu asal House Of Patin -Restoran Lipis dengan seleksi ikan jenis biasa sehingga ‘kayangan’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian House Of Patin yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abd. Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, semalam.

Ditanya mengenai keyakinannya dalam industri itu selepas berdepan dengan cabaran kewangan sehingga lewat membayar KWSP pekerja pada November lalu, Shuib memberitahu dia mengambil pengajaran daripada kelemahan pengurusan pihaknya.

Kita belajar daripada apa yang mungkin tidak ‘proper’, ada kesilapan atau terlepas pandang, kita terus bergerak ke depan.

“Saya akan teruskan selagi mana saya rasa buat benda yang betul, dugaan itu biasa dan saya sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku,” katanya.

Restoran House Of Patin menawarkan pelbagai menu ikan serendah RM13 untuk patin goreng sehingga patin buah pada harga RM28 bagi setiap 100 gram.

Rumah makan itu turut menyediakan jenis ikan kelah pada harga RM420 bagi setiap 100 gram, talapia, kerai dan hidangan set bermula RM20 sehingga RM310.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi bisnes cuci-cuci duit Addy buah kana
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:16 AM | Show all posts
instead of membayar kwsp staff yang dia dah wajib kena bayar
dia gi bukak new bussiness yang tak pasti untung atau rugi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:16 AM | Show all posts
byk eh duit dia bukak bisnes baru
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:01 AM | Show all posts
rs2 klu aniaya org blh dpt untung x?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:04 AM | Show all posts
banyak modai dier ehhhhh..Bahagia idup kau x bayar caruman pekerja lama..tau2 bukak bisnes baru....banyakkkkkk modaiiiiiii..masiukkkkkkk mehhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada cara ke nak tau ikan patin kayangan tu betul2 patin buah atau muncung..dah jadi gulai kena potong bagai blh tau ke patin kayangan ke sangkar...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:11 AM | Show all posts
grouper replied at 3-1-2024 10:05 AM
Ada cara ke nak tau ikan patin kayangan tu betul2 patin buah atau muncung..dah jadi gulai kena poton ...

aku pon wondering jugak.. mungkin kalau orang yg dah biasa makan.. dia bole detect kot rasa manis dia ke.. bau dia ke.. sebab makanan patin2 sangkar dengan patin buah kan beza.. patin sangkar makan dedak. patin buah makan apa? buah la kot? haha.. so mungkin kurang hanyir ke camne..

tapi bagi pemakan marhaen mcm aku.. lebih berbaloi beli patin sangkar aje.. tak bisa menghargai pon kalau dapat rasa patin buah..
aku cuma bole beza rasa patin ke talapia.. so cukupla.. janji kuah dia padu.. pedas masam masin memikat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 3-1-2024 10:11 AM
aku pon wondering jugak.. mungkin kalau orang yg dah biasa makan.. dia bole detect kot rasa manis  ...

Klau org yg x biasa mkn mmg x leh beza la. Klau ikutkan level kesedapan ikan patin ni mcm2 gak..kena tengok pelbagai segi. Pertama jenis apa, liar atau dlm sangkar. Sangkar plak kat mana sungai,tasik atau lombong atau kolam tanah. Yg liar pun klau sungai x bape cantik air dia x sedap pun tambah lagi patin lombong.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
patin yg sedap patin sangkar kat sungai pahang area jerantut tu
ada patin liar kt sabah kawan aku bagi, tapi aku x makan patin, tpi org rumah aku kata sedap
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:29 AM | Show all posts
dia ni otak bodoh..muka pun muka orang utan pastu meniaga ke laut..yang sain tu pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:33 AM | Show all posts
laaa tak melingkop lagi ke ko mighaaaa

isyh isyh isyhhhhhhhhhhhhh

liat betoi nyawa ehh
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:34 AM | Show all posts
talapia replied at 3-1-2024 10:11 AM
aku pon wondering jugak.. mungkin kalau orang yg dah biasa makan.. dia bole detect kot rasa manis  ...

samalah..taktau apa beza pun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Wether like it or not, aku rasa shuib last2 akan masuk politik. Trust me
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:52 AM | Show all posts
laaaa kedai ikan patin dia ke yg depan malaiqa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 3-1-2024 12:10 AM
mizruncing replied at 2-1-2024 09:16 PM
byk eh duit dia bukak bisnes baru

Bisnes lama dia pon makin kencang, non-stop bukak cawangan baharu. Hari tu bukak kat Masjid Tanah, la ni kat My Town, Cheras.

  

  

Soeb tanya apa azam baharu team air madu dia. Macam2 jawapan mereka beri, termasuk nak kembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa. Di ruangan komentar ada netizen komen seperti di bawah, semoga Soeb & team cakna dengan komen tersebut.

"Azam tahun baru korang please habiskan semua pembayaran KWSP, itu hak pekerja. Penat ulas isu ini"

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 3-1-2024 12:03 PM
Bisnes lama dia pon makin kencang, non-stop bukak cawangan baharu. Hari tu bukak kat Masjid Tanah,  ...

Laaa, dia tak habis bayar lagi ke??
Sialnya muka yindon ni! Kemain bukak restoran, hutang dgn pekerja bubblebee tak habis lagi bayar??
Habiskan la utang KWSP tu dulu, anjing hoiii. Baru start afresh bukak restoren tu. Apa ke bebal lah kau ni. Suka ek makan sumpah orang
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa... Bukak kedai bebanyak buat pe.. kt melaka ni dah lemau selai2 je org masuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:23 PM | Show all posts
untung bini dia dapat duda
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 3-1-2024 12:51 AM
Carcosa replied at 3-1-2024 12:16 AM
Laaa, dia tak habis bayar lagi ke??
Sialnya muka yindon ni! Kemain bukak restoran, hutang dgn peke ...

Soeb ni memang sangat menjengkelkan.

Video bawah Soeb kata segala permasalahan dengan KWSP dah setel. Gi mana Soeb setel? Dia bayar ansur2. Soeb kata "all the resit semua takde"

Huhu tak tau bisnes apo yang Soeb buat ni, semua tunggang langgang, hanya gah di media sosial je.


3 orang bawah ni bekas PA & bodyguard Soeb, sekarang semua dah berhenti kerja.

  

Sekarang tugas PA & bodyguard digalas oleh Watie. Semoga Watie tabah dan dipermudah segala urusan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065561 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list